flauting background

Sunday, February 28, 2010

The Prophet's Birthday ﷺ

The celebration of the birthday of the Prophet (peace and blessings of Allah be upon him) is an issue of controversy amongst the scholars. Thus, there were some who considered it a disliked innovation, a few even saying it reached the level of prohibition, and there were others who considered it a praiseworthy innovation.


Background:

This difference is traced back to a divergence concerning the division of innovation (bid’ah). Some scholars recognized the validity of such innovations and this was, primarily, the school of Imam Al-Shafi’i (May Allah have mercy upon him) and the head of this thought was Al-’Izzi Adin Abdul Salam (May Allah have mercy upon him). In addition, Imam Al-Qarafi (May Allah have mercy upon him) who was a Maliki, carried this same opinion, giving it great attention , explaining it in an exhaustive manner. In his discussion Al-Qarafi (ra) expanded the concept of innovation to included innovations that were commendable, highly recommended, obligatory and a disliked nature. Thus, he divided innovation into five parts: (obligatory, recommended, permissible, disliked and forbidden).

There were some scholars who failed to accept this division contending that, “Any innovation, if it appears, then it is repulsive in nature.” They did this by restricting the statement of ‘Umar (ra), regarding the tarawih prayers, “This is a good innovation” to its linguistic meaning. There was a large body of scholars who held this opinion such as Taqi al-Din Ahmad Ibn Taymiyyah, Al-Shatibi, in his book Al-’Itisam, and many scholars from the Maliki and Hanbali schools (may Allah have mercy upon all of them).

Finally, there were scholars who wrote in support of celebrating the Mawlid such as Al-Suyuti (May Allah have mercy upon him) and, at the same time, there were others who wrote against it. Thus, in my opinion, there is no need to drag this discussion out, nor continue to argue about it any longer.


The Ruling:

Whoever wants to celebrate the Prophet’s (sa) birthday should celebrate it and avoid doing any action contrary to Islamic Law. This act should be done with an intention that it is not a sunna nor an obligatory act. If these conditions are observed, and one is careful not to contradict Islamic Law, out of sincere love for the Prophet (Peace and blessing of Allah upon him), then, Allah willing, there is nothing wrong with this action and this person will be rewarded.

Commenting on this, the Shaykh of Islam Ibn Taymiyyah (May Allah have mercy upon him) said, “Indeed, such a person will be rewarded because of his intention.” Likewise, for the one who shuns this celebration, seeking to cling to the sunna out of fear of falling into innovation, then this person will also be rewarded, Allah willing. It is important to note that this is not a big issue. Nor is it necessary to give it more attention then it deserves.

The Methodology:

Our attention towards this issue is directed towards uniting the Muslims and curbing these differences. We base this understanding on facilitation (for both sides) and ease. This ease is not founded on an empty premise, but is referenced directly back to the Quran, traditions of the Prophet (sa), the fundamental objectives of Islamic law, and the order of the Prophet (sa) to work towards unity between others. If a contentious issue arises pertaining to a matter, we exercise great consideration and respect for both sides. This consideration is not simply an act of being overly accommodative, as some contend, or attacking those who hold weak opinions. But, this respect and consideration for differences is guided by the fact that both opinions are based on proofs from Islamic Law. In some regards these proofs are clear, and in other regards the opposite holds true. Thus, some (scholars) have provided evidences for thes acts legitimacy, and others hold proofs for the opposite. In conclusion, our stance is that both are on goodness, Allah willing, as long as this act is not mixed with some type of evil and the intention is correct.

Allah knows best.

Sincerely,
Shaykh Abdullah Bin Bayyah (May Allah preserve him)

Translated by Suhaib Webb (Cairo, 2007)




"Although this source just pasted by me from other source.. But i hope this article can give us many benefit and could add our knowledge about our Prophet's Birthday.........May ALLAH bless us always...And even there are a lots of controversy that we could hear from many people about the celebration of our Prophet, we as Muslim shouldn't make it such a big controvercy...What we supposed to do is always try build up our Islamic generation, keep our relationship between Muslims more tough and keep on going to "UNITE!"....... "

Saturday, February 27, 2010

Salam Ukhwah...

ai.... =)


Pada awalnya, ana sendiri xpasti apa la yang ada pada "Blog"...... nak wat pa ngan Blog jg...tp bila da wat blog sendiri ni...rasa kelainannya... kalau dahulu selalunya tulis dalam buku log ja...hehehe..xpun Diari..tp lama2 jadi malas nak tulis kat diari...jd kadang-kadang tulis kat kertas ja..tapi, yang dalam kertas tu biasanya yang sedih-sedih n geram-geram ja..bila da tulis suma...baru rasa lega.. pas tu terus buang...


Sekarang bila da ada blog..baru ana nampak... mereka yang memiliki blog ni biasnya akan share macam-macam ngan orang lain melalui blog ja....kira macam diari jg...cuma namanya xboleh panggil diari lagi...sudah jadi "diari moden.." bah...hehehe...


ok...cerita hari ni ana blum lagi tulis pape ka... nak tulis apa pun tak tahu juga... =) Tapi, ana nak cerita juga..hari ni sebenarnya ana ada test Talaqi Al-Quran.... =) apa pun..alhamdulillah..sudah selesai juga...n assigment Kepercayaan masyarakat MeLAYU juga kena submit arini...alhamdulillah..da selesai juga...


em, berkaitan dengan  subjek Talaqi...awal-awal dahulu...ana agak gementar untuk masuk kelas talaqi..sebab ana agak gugup bila orang lain tengok...lihat ana sedang membaca al-Quran..Semuanya akan jadi tak kena...ana memang begitu..walau pun ana xberapa boleh orang tenung @ tengok ana baca atau buat kerja..tapi kalau masih nak lihat...pastikan ana tidak perasa... =) kalau macam tu..xpa..hehehe..


Em, dan masalah ana yang belum lagi selesai adalah..masa subjek hafazan...bagi ana, subjek ni sangat mencabar..sebab tahap penghafalan ana tidak berapa baik....selalunya kalau hafal sendiri dengan kawan..boleh lancar bacaannya..tapi,bila berhadapan dengan ustaz...Bacaan selalu agak kurang memuaskan..sampaikan...ustaz ada cakap... "cuba baca tenang-tenang..dan baca seperti kamu baca al-Quran macam biasa..bukan seperti kamu menghafal buku lain.." hehehe..macam-macam kan.. apa-apa pun..ana tetap berharap berharap Ana boleh menangani masalah itu..mudah-mudahan...


Alamak, da melalut ja ni kan... =) Sorry, seandainya agak membosankan..ok la..cukup dulu perkongsian cerita hari ni... terima kasih sudi membaca...


wasalamualaikum...


ALAHAI CIKGU TADIKA



Ada seorang cikgu tadika yang tak percaya wujudnya Tuhan. Dia pun berfikir
bagaimana hendak mempengaruhi kanak-kanak di tadika tersebut supaya tak percaya wujudnya Tuhan. Tiba-tiba, dia mendapat satu akal...
Guru tadika : Anak-anak, nampak tak pen ini?
Murid-murid : Nampak cikgu.
Guru tadika : Pen ada kan?
Murid-murid : Ada cikgu.
Kemudian guru tadika tadi memasukkan pen itu ke dalam poket dia dan kemudian bertanya lagi..
Guru tadika : Anak-anak,nampak tak pen?
Murid-murid : tak nampak cikgu.
Guru tadika : pen ada tak?
Murid-murid : tak ada cikgu.
Guru tadika : Anak-anak nampak Tuhan tak?
Murid-murid : tak nampak cikgu.
Guru tadika : Tuhan ada tak?
Murid-murid : tak ada cikgu.
Guru tadika itu sangat gembira kerana tujuannya untuk mempengaruhi kanak-kanak
itu berjaya. Tetapi.. dalam kumpulan kanak-kanak itu ada seorang budak yang
pintar yang bernama Amin lalu dia pun mengangkat tangan...
Amin : Cikgu, boleh saya cakap sesuatu?
Guru tadika : Boleh,mari ke depan.
Amin : Kawan-kawan nampak cikgu tak?
Murid-murid : nampak.
Amin : cikgu ada kan?
Murid-murid : ada.
Amin : Kawan-kawan nampak otak cikgu tak?
Murid-murid : tak nampak.
Amin : cikgu ada otak tak?
Murid-murid : tak ada.
*moral of the story..Amin lg bijak dari cikgu..
Sumber : Message dari friendster

10 Tabiat yang menyebabkan Kerosakan Otak



1. Tidak mengambil sarapan pagi
Apabila seseorang tidak mengambil sarapan pagi, paras gula dalam darah akan menjadi rendah. Ini akan mengakibatkan kekurangan bekalan nutrisipada otak dan menjadikannya kurang aktif.

2. Terlebih makan
Ia akan membebankan pembuluh darah otak dan mengurangkan kuasa mental otak.

3. Perokok
Asap rokok akan mengakibatkan sel-sel otak terjejas atau terbakar dan boleh menga kibatkan penyakit 'Alzheimer'.

4. Penggunaan gula yang berlebihan
Pengambilan gula secara berlebihan akan mengganggu penyerapan protein dan nutrisi. Selain daripada itu, ia akan mengganggu perkembangan otak yang sihat.

5. Pencemaran udara
Otak adalah pengguna oksigen terbesar dalam badan manusia. Pencemaran udara boleh menyebabkan pengurangan bekalan oksigen ke otak dan keaktifan otak.

6. Terlebih tidur
Tidur adalah bagus untuk merehatkan otak tetapi masa tidur yang panjang boleh mengakibatkan sel-sel otak kita mati.


7. Menutup muka ketika tidur
Tidur sambil menutup muka akan mengakibatkan otak menerima lebih banyak karbon dioksida berbanding oksigen dan ini akan membawa kerosakan kepada otak.

8. Membiarkan otak bekerja semasa kita berada di dalam keadaan kurang sihat
Bekerja semasa anda kurang sihat boleh mengurangkan keberkesanan otak dan juga membawa kerosakan kepada sel-sel otak.

9. Kurang berimiginasi
Berfikir adalah satu cara terbaik untuk melatih otak kita. Kurangnya berimiginasi boleh menyebabkan tahap kecerdasan/keaktifan otak menurun.

10. Jarang berfikir
Jarang berfikir akan menyebabkan otak kita kurang aktif. Oleh itu, perbincangan yang membina boleh menambah keberkesanan kecerdasan otak kita.






"Na...pas ni marilah kita sama-sama elak kan mana yang termampu ya.......mudah-mudahan ianya dapat membantu kita memelihara otak kita dari tercedera..."

Friday, February 26, 2010

Berkatkah ilmu kita?

salam elaik.....


Di sini ana ingin berkongsi satu tajuk bersama sahabat-sahabat sekalia......
Na, ini tajuknya........."Berkatkah ilmu kita?"  em, kebiasaannya jarang sekali kita terfikir berkaitan perkara tersebut..".Keberkatan..."  Sejauh mana dapat kita faham dan tahu nilai sebenar perkataan "Berkat " @ "Barakah" berkenaan.....?
Jadi, dalam coreta kali ini...ana ingin berkongsi sedikit ilmu bersama sahabat-sahabat...


Anda akan mendapati sebahagian manusia telah dikurniakan oleh Allah ilmu yg luas, namun masih kelihatan seperti orang yg ‘buta huruf’, tidak nampak pengaruh ilmu itu pada dirinya, tidak juga didalam ibadah2nya. tidak didalam akhlaknya, tidak didalam perilakunya, dan tidak pula didalam pergaulannya di antara sesama manusia. Terkadang ia menyalah gunakan ilmu tersebut untuk lebih membanggakan diri dihadapan hamba2 Allah, merasa tinggi dan merendahkan mereka. Dia tidak menyedari bahawasanya yg telah mengurniakan ilmu kepadanya adalah Allah ‘azzawajalla, dan sungguh jika Allah berkehendak, nescahaya akan menjadikannnya seperti layaknya orang yang jahil.

Anda akan mendapati, bahawa Allah telah mengurniakan kepadanya ilmu, akan tetapi manusia tidak dapat mengambil manfaat daripada ilmunya, baik melalui pengajaran, pengarahan atau nasihat, dan tidak juga melalui tulisan. Bahkan ilmunya hanya terbatas untuk dirinya sendiri. Allah tidak memberkahinya didalam ilmu itu, dan tidak diragukan lagi, ini bererti hilangnya kurnia yang besar. Padahal ilmu itu merupakan pemberian Allah subhanahuwata’ala yg paling membawa berkat bg seorang hamba, sebab ilmu itu jika engkau ajarkan kepada orang lain dan engkau sebarkan di tengah masyarakat, maka engkau akan mendapatkan pahala atas itu semua dari beberapa sisi, iaitu:

1) Bahawa dengan menyebarkan ilmu yang Anda miliki bererti
Anda telah menyebarkan agama Allah ‘azzawajalla, sehingga Anda termasuk dari para mujahidin. Seorang Muslim yg berjihad di jalan Allah, dia telah menakluk negeri demi negeri hingga tersebarlah agama Allah di wilayah itu. Adapun Anda adalah pembuka hati2 yg tertutup melalui ilmu Anda tersebut, sehingga syari’at Allah ‘azzawajalla menyebar luas.

2) Di antara keberkatan dari penyebaran ilmu dan pengajarannya adalah
bahawa dalam penyebaran ilmu tersirat penjagaan terhadap syaria’at Allah dan perlindungan terhadapnya. Tanpa ditunjang dgn ilmu, maka syari’atnya ini tidak akan terjaga, syari’at ini terjaga denagn perantaraan mereka yg Allah kurniakan petunjuk berupa ilmu yg bermanfat. Apabila Anda telah menyebarkan ilmu itu, dan masyarakatpun mudah mengambil manfaat darinya, maka penjagaan terhadap syria’at Allah dan pemeliharaannya akan terlaksana (dengan baik).
3) Dengan menyebarkan ilmu bererti
Anda berbuat baik kepada orang yg telah Anda ajari (ilmu). sebab Anda telah menjadikannya mengerti terhadap agama. Apabila orang itu beribadat kepada Allah dgn bashirah (ilmu yg benar), maka Anda akan mendapat pahala seperti pahala yg dia dapat. Kerana Andalah yg telah menunjukkannya kepada kebaikkan itu, sedangkan orang yg menunjukkan kepada sesuatu kebaikan, maka ia seperti pelakunya. Jadi ilmu yg disebarluaskan merupakan kebaikkan dan keberkatan bagi penyebar dan penerimanya.

4) Sesungguhnya dengan menyebarkan ilmu dan mengajarkannya,
seseorang akan bertambah ilmunya. Ilmu seseorang akan bertambah dengan diajarkan org lain, sebab ia akan mengingat kembali apa yg telah dihafalnya dan ia merupakan pembuka bagi ilmu yg belum dihafal. Betapa bnyk manfaat yg diperoleh seorang ‘alim(guru) dari para muridnya, mereka terkadang datang mengemukakan makna2 yg tidak pernah terlintas di dalam benaknya, sehingga ia dapat mengambil manfaat daripada muridnya. Padahal dia adalah pengajar mereka dan ini merupakan suatu kenyataan.

Oleh kerana itu, selayaknya bagi para pengajar, bila ia mengambil manfaat dari muridnya, dan muridnya menemukan ilmu, hendaklah ia selalu memotivasikan murid tersebut, dan mengucapkan ribuan terimakasih kepadanya. Jangan seperti anggapan sebahagian orang bahawawsanya jika seorang murid telah menemukan dan menjelaskan ilmu yg belum diketahuinya, seorang guru merasa tersinggung sambil mengatakan:” Ini anak hingusan yg mengajar orang dewasa,” sehingga dia(murid) tersinggung dan berusaha menghindarkan dirinya unutuk berdiskusi dengannya. Dia khuatir anak itu akan menyebabkannya ke dalam masalah yg belum diketahui. Ini merupakan sikap yg bersumberkan dari keterbatasan ilmu dan akalnya.

Sebab apabila Allah telah menganugerahkan kepada Anda muid2 yg mengingatkan persoalan yang Anda lupa, dan merekapun membukakan untuk Anda ilmu yg belum Anda ketahui, maka hal itu merupakan sebahagian daripada nikmat Allah. Dan inilah buah dari pada penyebaran ilmu yg akan terus bertambah jika Anda mengajarkannya. Sebagaimana ungkapan seorang yg membandingkan antara ilmu dan harta, ia berkata mengenai ilmu:

(ilmu) akan bertambah denagn banyak mengajarkannya,

dan akan berkurang jika engkau menahannya lalu mengekangnya.

Jika engkau mengekang ilmu itu, maka ia tidak akan berkembang. Dan jika ia engkau tahan, maka ia akan berkurang, yakni engkau bakal melupakannya. Akan tetapi, jika engkau menyebarkannya ia senantiasa akan bertambah.

Sepatutnya bagi seseorang dalam menyebarkan ilmu agar menerapkan sikap hikmah (bijaksana)dalam mengajar, dengan menyampaikan kepada murid2nya masalah2 yg sesuai dengan kadar kemampuan akal fikiran dan tidak membebabani mereka denagn permasalahan yg sekiranya memberatkan. Bahkan mendidik mereka dengan ilmu setahap demi setahap.

Oleh kerana itu, ada sebahagian orang yang memberikan definisi tentang seorang ‘alim yg rabbani (memiliki jiwa pendidik), iaitu seorang ‘alim yg mengajarkan kepada manusia dimulai dari ilmu2 yg ringan sebelum menginjak ke yg lebih sulit dan kompleks. Kita semua mengetahui bahawa suatu bangunan tidak akan berdiri teguh begitu sahaja dengan megahnya di atas bumi, tetapi bangunan itu dibangun oleh ahlinya secara bertahap hingga bangunan tersebut sempurna. Begitu halnya dengan seorang pengajar, selayaknya ia memperhatikan kemampuan berfikir para anak didiknya sehingga dia hanya menyampaikan kepada anak didiknya ilmu yang mampu mereka terima dengan akal mereka. Oleh kerana itu manusia diperintahkan supaya berbicara denagn org lain sesuai dengan pemahaman lawan bicaranya.

Ibnu Mas’ud radiallahhu’anh berkata” “Sungguh tidaklah kamu berbicara dengan sekelompok masyarakat dengan sesuatu pembahasan yg tidak mampu mereka cerna, kecuali hal itu akan menjadi fitnah bagi sebahagian mereka (Kesalahfahaman).”

Demikian pula, hendaklah seorang pengajar mencurahkan perhatian terhadap pokok2 dan kaedah2 agamanya (ilmu ushul dan alat), sebab keduanya itu merupakan fondasi sesuatu ilmu.

Para ulama mengatakan:”Barang siapa yg tidak mendapatkan pokok2 sesuatu ilmu (ilmu usul), maka ia akan jauh dari keberhasilan, yakni tidak akan sampai pada tujuan akhirnya. Maka seorang pendidik dianjurkan supaya mengajarkan kepada murid2nya poko2 dan kaedah2 ilmu yg darinya akan muncul masalah2 yg bersifat furu’iyyah (cabang). Sebab org yg mempelajari ilmu dari permasalahan yg bersifat cabang, nescahaya dia tidak dapat memberikan jawapan yg benar bila dihadapkan kepada sesuatu permasalahan yg pelik utk diketahui hukumnya, kerana tidak memiliki dasar.

Sumber: Syarah Doa Qunut Syaikh Muhamad Shalih al-Uthaimin. (m/s 28-35)
Pustaka Imam Asy-Syafi’i..



Sekian sahaja....salam ukhwah...

sABAR...sabar...Sabar...






salam elaik...











Salam ukhwah dan salam perkenalan wat semua.....

Saya merupakan orang baru dalam site Blog  ni..... Banyak ilmu yang perlu saya timba lagi... Jadi diharap kepada sahabat-sahabat Blogger yang mengunjungi blos saya ini, agar dapat memberi tunjuk ajar, pandangan membina atau wujudkan lah perkongsian ilmu dan maklumat juga bersama saya...


COREATN PERMULAAN...

Perjalanan sebagai seorang pelajar sesungguhnya memang sangat mencabar dan menduga keimanan dan kesabaran. selain daripada menguji kekuatan mental dan ketahanan fizikal juga....Macam sekarang ni....fuh, panjang betul senarai tugasan yang nak di buat. Ditambah lagi dengan kepadatan jadual kuliah dan tugasan-tugasan kuliah..." Kadang-kadang rasa macam tak cukup tanah juga nak berlari.. " hehehe.. Kadang-kadang rasa lucu juga bila guna istilah tu...Macam padat betul jadual harian.....Em, walau apa pu..bila difikir balik menggunakan akal waras, keadaan seperti itu adalah suatu kebiasaan.... Dan sebenarnya apa yang kita hadapi sekarang tidak lah seberat dan seteruk mana.. Cuma, seolah sudah menjadi fitrah manusia biasa untuk memiliki perasaan-perasaan seperti itu... Tapi, kita jangan pula terlalu memikirkan kesukaran dan kepayahan yang diperlihatkan oleh keadaan itu... Sebaliknya...kita kena tanamkan dalam fikiran kita bahawa....." setiap sesuatu yang terjadi asti ada hikmahnya...."

     "Kebahagiaan tak selamanya abadi,
Kesedihan tak selamanya abadi,
Kemudahan tak selamanaya abadi,
Kesulitan tak selamanya abadi,
Roda kehidupan akan terus berputar,
Yang berada di atas akan turun ke bawah,
Begitu juga sebaliknya,
Kesulitan adalah harga untuk membeli kemudahan,
Selepas kesulitan pasti akan ada kemudahan,

Rasulullah bersabda :
"Kesulitan tidak akan mengalahkan kemudahan sebanyak 2 kali"

Seperti juga yang telah dijanjikan ALLAH s.w.t dalam al-Quranl, melalui: 
surah al-Insyirah ayat 5-6.

"Maka, sesungguhnya bersama kesulitan itu ada kemudahan.
 Sesungguhnya bersama kesulitan itu ada kemudahan."


Jadi, mulai dari saat ini...Marilah kita sama-sama cuba untuk "THINK +VE" k... Rasionalkan pemikiranmu selari dengan apa yang dituntut syariat..... Semoga kita sama-sama dapat mengambil manfaat melalui coretan ini.... Walaupun hanya sekelumit....Mudah-mudahan kita akan sentiasa berada di dalam rahmat dan redha ALLAH....

Sekian dahulu coretan wat kali ini..... 

PEmilik CintaKU setelah ALLAH dan Rasul




Hasil Karya: FATIMAH SYARHA MOHD NOORDIN

Novel ringkas ini mengisahkan perjalanan hidup seorang wanita yang sangat berhati-hati dalam menetapkan pasangan hidupnya. Keimanan yang tinggi dan kepercayaan yang menyeluruh terhadap Islam membuatkan beliau menggunakan segala pendekatan Rasulullah s.a.w. untuk hanya menerima pasangan hidup yang benar-benar dapat mendidik beliau dan keluarga ke jalan rahmat. Berkat kesabarannya itu, beliau akhirnya berjaya menemui pemilik cintanya, setelah Allah dan Rasul.

Salam ukhuwwah sahabat2.... Ana pasti tidak semua mengetahui cara sebenar yang dihalalkan oleh ALLAH untuk berpasangan? walhal sering kali juga dinyatakan dalam kuliah, musyawarah,usrah serta risalah-risalah tazkirah yang diedarkan serta yang ditampal disoftboard dan lain-lain berkaitan pengharaman "couple", walaubagaimana pun tidak banyak yang dapat diperolehi berkaitan cara-cara yang sesuai serta cara terbaik menangani "couple" serta cara berpasangan yang dihalalkan serta dituntut syariat Islam...


Ana hanya ingin mencadangkan kepada sahabat2 sebuah buku yang boleh juga dijadikan bahan bacaan tambahan serta bahan motivasi dan tazkirah. Sebuah karangan Fatimah Syarha Mohd Noordin, ‘PEMILIK CINTAKU SETELAH ALLAH DAN RASUL’, karya terbaru beliau slps ‘SEINDAH MAWAR BERDURI’, ‘TAUTAN HATI’, dan ‘SYABAB MUSAFIR KASIH’. Juga sebuah karya yang terbit selepas beliau dinikahi seorang doktor pada Ogos tahun lepas. Pandangan ana, karya ni merupakan kisah sebenar yang diadaptasi daripada pengalaman beliau sendiri. Terpulanglah pula pada sahabat2 untuk menilai selepas membacanya. Wallahua'lam.


Sedikit petikan daripada buku PEMILIK CINTAKU SELEPAS ALLAH DAN RASUL :


Quote:
“Kalau suka, jumpalah ibu bapa. Sayangnya, tiada yang berani, tanda tak bersedia. Kalau tak sedia, kenapa nak bercinta? Bukankah itu pintu zina semata-mata? Nau’zubillah. Aku berazam membangkitkan mereka daripada kelalaian fitnah wanita di akhir zaman dengan sebuah prinsip dan ketegasan...”


Selamat membaca.....

"Apa pun.....kita sendiri yang buat keputusan....bijak lah wat keputusan....coretan ini sekadar renungan bersama...wat diri ana dan buat kawan2 yang lain....asif andai ada khilafnya"

penyejuk hati