flauting background

Wednesday, October 19, 2011

BELIEVE IN YOURSELF

When you really want something,
sometimes you have to swim a little deeper...
You can't give up just because things don't come easy...
You have to overcome the obstacles
and face your fears....
But in the end it's all worth
while! Life is full of ups 'n downs,
but if you believe in yourself
you will always come through with flying colors...
Value friendship,love 'n faith...
Never underestimate yourself.
Believe in yourself..!
Have a Good Life.. !

CUTE PICTURE


" Words begin with A,B,C....
Numbers begin with 1,2,3...
Music begin with DO,RE,MI...
OUR RELATIONSHIP begin with you and ME.."

BE BALENCE

Be Ambitious,
But still aim for a simple life…

Be Determined,
But yet Learn to Compromise…

Be Thoughtful,
But yet keep your Peace of Mind…

Be Emotional,
But be the Most of Your Emotions…

Look at Life, at People,
But don’t be Tempted…

Have a Faith in God,
But Always Give Your Best

Enjoy the Gentle Breeze,
But keep Balance in the Storm..

Enjoy the Little Pleasure of Nature
But Remain Fit For The World… !

Monday, July 25, 2011

myMetro | Terperosok bawah bas

myMetro | Terperosok bawah bas

kaedah BERSALIN DALAM aIR

Assalamualaikum....

 Pada entry kali ini ana ingin berkongsi bersama sahabat2 berkenaan kaedah bersalin dalam air yang telah ana baca sebentar tadi... Unik dan buat pertama kalinya ana mendengar perihal kaedah bersalin ini.


Mungkin, ada yang telah pun mengetahui perihal kaedah ini sebelum ini, namun, ana masih berharap entry ini dapat memberi maklumat baru buat yang belum pernah mendengar perihal kaedah ini sebelum ini seperti ana..

Sejauh mana keberkesanannya?? Dan sejauhmana ianya dapat diterima olehmasyarakat kita ?? Mari kita sama-sama terlebih dahulu membaca entry ini..... "Selamat membaca..."

Alternatif kaedah bersalin : bersalin dalam air

Masih tiada tanda-tanda akan bersalin, debaran dan kerisauan tu makin terasa, kalau boleh
 tak nak tambah hari dan tak nak dipaksa bersalin, harap hujung minggu ni baby dah
bersedia untuk keluar berjumpa kakak dan abangnya. :)


Sambil-sambil menunggu bila la tanda-tanda hendak bersalin ni datang, saje jer la cari 
info berkaitan bersalin atau melahirkan ni. Salah satu cara alternatif kepada kaedah bersalin 
normal yang menarik minat ana untuk kongsi info dengan sahabat-sahabat ialah, kaedah 
bersalin dalam air. Ada yang berminat?



Kaedah bersalin dalam air ni dah lama dipraktikkan bermula dari tahun 1960an lagi. Cuma
di Malaysia ni jer kaedah ni tak dipraktikkan. Kalau ada pun boleh dibilang dengan jari dan
 rasanya bukan orang kita tapi warga asing dari eropah atau US yang menetap di sini.
Menurut pakar perbidanan yang mengkaji kaedah bersalin dalam air, penggunaan
kolam bersalin dapat mengurangkan rasa sakit bersalin. Bagi yang telah menggunakan
 kaedah ini juga mengakui bersalin dalam air lebih merehatkan dan umpama spa yang
memberi kelegaan serta ketenangan fikiran.


Untuk bersalin di dalam air, seorang ibu perlukan kolam dengan air dengan 
suhu bilik 37 darjah Celsius, tidak terlalu sejuk dan tidak pula terlalu panas. Kondisi dan 
tahap kesihatan seorang ibu pula mestilah sihat, tidak mempunyai penyakit lain seperti
 tekanan darah tinggi atau kencing manis.



Ibu juga bebas untuk memilih cara paling selesa untuk bersalin dan tubuh mereka akan berasa ringan kerana apungan air. Jadi mereka boleh bertinggung, melutut dan sebagainya mengikut keselesaan mereka ketika waktu bersalin. Malah, suami juga boleh turut sama berada di dalam kolam untuk memberi sokongan kepada si isteri.



Ramai yang bertanggapan bahawa kemungkinan bayi yang dilahirkan akan lemas di 
dalam air. Tanggapan tersebut salah kerana bayi yang baru dilahirkan tidak akan bernafas 
untuk beberapa saat. Ketika itu bayi pun akan terus disambut oleh bidan atau doktor.



Bagi yang menganggap geli kerana kolam akan berlumuran darah juga perlu membetulkan
 tanggapan tersebut kerana darah ibu hanya akan keluar selepas uri dikeluarkan sahaja. 
Air di dalam kolam bersalin akan bersih sahaja dan uri ibu biasanya akan dikeluarkan oleh
 bidan atau doktor selepas dia keluar dari kolam.



Untuk lebih keterangan boleh baca kat sini.

Saturday, July 16, 2011

KELEBIHAN MALAM NISFU SYA'BAN


Salam buatSahabat-sahabat yang dikasihi..

Sempena kedatangan Malam Nisfu Sya'ban iaitu pada tanggal 18 Julai 2011 ini.. dgn rendah hatinya ingin saya kongsikan tentang kelebihan serta rahmat malam Nisfu Syaban ni, semua maklumat dipetik dari buku "KELEBIHAN BULAN DAN HARI - serta Amalan Wirid dan Doa" tulisan Abul Khaity Al-Latifi..untuk panduan dan amalan semua..

KELEBIHAN MALAM NISFU SYA"BAN.. 
Malam yang dikhususkan dengan Rahmat, Kemuliaan dan Kelebihan. Pada malam ini, dituliskan nama bayi yang akan dilahirkan di sepanjang tahun ini dan dituliskan nama-nama orang yang akan mati pada tahun ini. Pada malam ini di turunkan rezeki2, pada malam ini diangkat amalan-amalan dan perbuatan hamba-hamba. 

Daripada Abu Musa sesungguhnya Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud
' Jika tiba pertengahan Sya'ban, maka hendaklah menghidupkan malam itu (dengan amal ibadat), berpuasa di siangnya kerana sesungguhnya Allah s.w.t , turun pada waktu itu lantaran terbenamnya matahari ke langit dunia dan berfirman "Siapa yang memohon keampunan maka aku akan mengampuninya, siapa yang meminta rezeki akan aku kurniakan rezeki kepadanya, siapa yang ditimpa bala akan aku lepaskan nya sehinggalah terbit fajar subuh" ' 

Abu Hurairah r.a telah meriwayatkan satu hadis daripada Rasulullah s.a.w , baginda bersabda ,
' Jibril telah datang kepadaku pada pertengahan bulan Sya'ban lalu berkata"Ya Muhammad, pada malam ini, Allah membuka 300 pintu-pintu dari pintu rahmat dan mengampunkan setiap org yang tidak mempersekutukan denganNya sesiapa juga kecuali ahli sihir, ahli nujum,pemabuk arak,org yang berterusan mengambil riba dan berterusan membuat zina sehinggalah mereka bertaubat " 
Nabi bertanya " Ya Jibrail, sampai bilakah pintu-pintu itu akan dibuka.?
Jibril menjawab, "sehingga terbit fajar dari permulaan malam" . Jibril berkata lagi "Ya Muhammad sesungguhnya pada malam ini Allah membebaskan ahli-ahli neraka dengan bilangan sebanyak bulu-bulu kambing Bani Kalb..


DIANTARA AMALAN UNTUK MENYAMBUT NISFU SYA'BAN..

1) Berpuasa pada hari Nisfu Sya'ban atau lebih baik pada 14 dan 15 Sya'ban(26 & 27 Julai)

2) Pada malam nisfu Sya'ban (isnin 26 Julai 10) lepas sembayang Maghrib ,
a) lakukan Solat Sunat Nisfu Sya'ban (2 rakaat)
Rakaat 1 = Baca Alfatihah & Surah AlQadar 1x
Rakaat 2 = Baca AlFatihah & Surah Al Ikhlas 3x 


b) Baca Surah Yasin 3x.
Bacaan pertama - niat untuk umur yang panjang agar dapat terus beribadat kepada Allah.
Bacaan kedua - niat untuk dimurahkan rezeki yang halal dan mengangkat segala bala
Bacaan ketiga - niat untuk di tetapkan iman dalam Islam dan mati dalam iman 


c) Menbaca Surah Al Ikhlas dan beristighfar dan berselawat keatas Nabi Muhammad s.a.w sebanyak yang mungkin.

Seterusnya pada sepertiga malam.. adalah lebih baik kita berjaga malam untuk melakukan solat2 sunat seperti Sunat Tahajud, Sunat Tasbih, Sunat Taubat serta sunat Hajat.. Setelah itu berdoalah apa2 sahaja yang kita hajati , semoga agar Allah dapt memberi petunjuk untuk kita menyelesaikan apa sahaja masalah yang kita hadapi.. Amin

Begitulah serba sedikit yang dapat dikongsi.. untuk lebih lanjut bolehkan dirujuk pada buku ini.




P/S : Ini adalah amalan yang biasanya dilakukan.. tergantung kepada kemampuan masing2 .. bagi yang merasakan ianya sukar.. sekurang2nya buatlah sembahyang sunat , beristighfar dan berselawat keatas Rasululah s.a.w dengan niat dihati memohan keampuan ke hadrat Allah swt serta berdoa yang dihajati.

Diharap apa yang ingin dikongsi disini dapat memberi manafaat kepada semua..
Cuma fikirkan lah .. jika kita sanggup berjaga malam untuk melihat perlawanan bola sepak.. , buat kuih atau untuk buat kerja2 yang kita rasakan penting... apalah salahnya pada malam Nisfu Syaban ini, kita berjaga , melakukan beberapa amalan , agar Allah dapat memakbulkan apa sahaja doa kita..bukan sahaja utk diri sendiri tapi berdoa juga untuk org yg kita kasihi termasuk keluarga dan anak-anak.
Ambillah kesempatan ini kerana sebagai seorang Muslim inilah keistimewaan yang Allah anugerahkan pada kita, yang kadang2 kita terlepas pandang. Sesungguhnya percayalah bahawa Rahmat Allah itu mengatasi Kemurkaannya... :-)) 


Wasallam..

Thursday, July 14, 2011


KELUARGA BAHAGIA KELUARGA
BERTAQWA



Allah SWT telah memerintahkan kita agar menjaga diri kita dan
keluarga kita dari api neraka.Dalam Al-Qur'an banyak terdapat potret keluarga
sepanjang zaman.Ada potret keluarga saleh dan ada juga potret keluarga
celaka. Potret-potret keluarga tersebut meskipun terjadi pada masa
dan lingkungan yang berbeda dengan masa saat ini, akan tetapi ia tetap
mengandung banyak hikmahdan pelajaran berharga yang senantiasa kekal
sepanjang zaman. Kehidupan keluarga juga memegang kendali penting
dalam unsur perbaikan masyarakat. Dari keluarga yang baik kita akan lebih
mudah untuk mencetak pribadi-pribadi yang sholeh. Bukankah adanya
individu-individu yang shaleh juga merupakan unsur yang membentuk
masyarakat baik selain adanya aturan yang baik?

Dalam kesempatan ini marilah kita merenungi sejenak potret keluarga
teladan dalam Al-Qur'an untuk kemudian kita petik hikmah dan
pelajaran-pelajaran berharganya. Diantaranya Keluarga Imran. Dikisahkan
bahwa Imran dan istrinya sudah berusia lanjut. Akan tetapi keduanya belum
juga dikaruniai seorang anak. Maka istri Imran bernazar, seandainya ia
dikaruniai Allah seorang anak ia akan serahkan anaknya itu untuk menjadi
pelayan rumah Allah (Baitul Maqdis). Nazar itu ia ikrarkan karena ia sangat
berharap agar anak yang akan dikaruniakan Allah itu adalah laki-laki sehingga
bisa menjadi khadim (pelayan) yang baik di Baitul Maqdis. Ternyata
anak yang dilahirkannya adalah perempuan. Istri Imran tidak dapat berbuat
apa-apa. Allah swt. telah menakdirkan anaknya adalah perempuan dan ia
tetap wajib melaksanakan nazarnya. Ia tidak mengetahui bahwa anak perempuan
yang dilahirkannya itu bukanlah anak biasa. Karena ia yang kelak
akan menjadi ibu dari seorang nabi dan rasul pilihan Allah. Setelah itu, anak
perempuan -yang kemudian diberi nama Maryam- tersebut diasuh dan
dididik oleh Zakaria yang juga seorang Nabi dan Rasul, serta masih terhitung
kerabat dekat Imran. Kisah ini dapat dilihat pada surat Ali Imran ayat
35-37.

Beberapa pelajaran yang bisa kita petik dari keluarga Imran:
Pertama, anak adalah amanah Allah SWT sehingga arah pendidikannya
bukan untuk mencari harta melainkan membina peranannya untuk menjadi
abdi Allah, tunduk dan taat hanya kepada Allah. Sehingga menjadi apapun
anak kelak ketika dewasa dia akan selalu menjadikan halal dan haram sebagai
standar dalam kehidupannya. Kedua, perlunya keimanan yang kokoh,
kesabaran dan sikap tawwakal dalam menerima qadha Allah ketika mengarungi
bahtera kehidupan berumah tangga. Ketiga, perlunya memilihkan
lingkungan yang baik bagi anggota keluarga. keempat, suasana yang harus
terjadi dalam keluarga adalah perlombaan meraih ridho Allah bukan perlombaan
mencari harta ataupun mengejar status sosial. Dengan demikian
keluarga yang bahagia adalah keluarga yang bertaqwa,menjadikan Allah
SWT sebagai tujuan hidupnya dengan taat tunduk dan patuh hanya kepada
Allah SWT, bagaimanapun dan dalam kondisi apapun, serta menyeru
manusia untuk tetap berada dijalan Allah SWT.

Sesungguhnya jika anak-anak,isteri,isteri,kaum kerabat,harta yang
kamu usahakan,peniagaan yang kamu khawatiri kerugiannya adalah lebih
kamu cintai dari Allah dan Rasul-Nya dan dari berjihad di jalan-Nya, maka
tunggulah sampai Allah mendatangkan keputusannya dan Allah tidak akan
memberi petunjuk kepada orang-orang yang fasik.Wallahu’alam bishawab.
(Asliani).

Tuesday, July 12, 2011

* fADHILAT sYA'BAN *




   Tabir REJAB, telah pun dilabuhkan... kini Sya'ban pula menjengah kita....Naa, adakah kita semua sedar akan pergantian bulan yang telan berlalu?? Sesungguhnya tidak dapat dinafikan sama sekali akan ada segolongan manusia yang sedar pergantian ulan tersebut, namun masih tidak dapat disangkalkan juga bahawa masih terdapat segolongan manusia yang tidak menyedari sama ada kerana terlalu sibuk dengan dunia atau memang sengaja tidak mahu mengambil kira perihalnya.

  Walau bagaimana pun, dalam entry ini saya ingin berkongsi bersama sahabat-sahabat sekalian berkenaan fadhilat SYA'BAN. Mungkin ada dalam kalangan kita yang memang sudah arif berkenaan tajuk ini, namun, niat dihati untuk berkongsi maklumat dan sebagai peringatan buat diri ana tetap ingin ana teruskan.

   Sesungguhnya, di dalam bulan ini juga terdapat amalan khusus yang dianjurkan dengan dikurniakan fadhilat dan kemuliaan disisi Allah s.w.t bagi hambaNYA yang dapat mengamalkannya. Ianya turut menepati sebuah hadith Rasullullah yang diriwayatkan oleh Anas bin Malik r.a, sabda baginda yang bermaksud :
" Rejab adalah bulan Allah, Sya'ban adalah bulanku ( Rasullullah) dan Ramadhan adalah bulan umatku. "
Ketiga-tiga bulan ini seharusnya dihayati dan dimanfaatkan dengan sebaik-baiknya oleh umat manusia yang beriman, kerana ianya merupakan suatu pelaburan yang amat menguntungkan buat kita diakhirat kelak.




Antara FADHILAT-FADHILAT Sya'ban adalah :  

1) PUASA
  • " Sesungguhnya, Saidatina Aisyah r.a menyatakan bahawa, Rasullullah tidak pernah berpuasa lebih banyak melainkan pada bulan Sya'ban ( selain Ramadhan) ; sesungguhnya Rasullullah s.a.w telah berpuasa sebulan penuh. "
  • " Hadith Rasullullah yang diriwayatkan oleh Abdullah r.a yang bermaksud ; sesiapa yang berpuasa sunat pada hari ISNIN yang terakhir dalam bulan Sya'ban akan diampunkan dosanya. "
  • " Mereka yang berpuasa sunat pada awal dan akhir KHAMIS dalam bulan Sya'ban akan dimasukkan ke dalam syurga. "
  • " Mereka yang berpuasa sunat sehari dalam bulan Sya'ban akan diharamkan tubuhkan kedalam neraka dan dbakal dimasukkan kedalam syurga. "
  • " Mereka yang berpuasa sunat TIGA hari dalam bulan Sya'ban dan berselawat keatas nabi sebelum berbuka puasa, akan diampunkan dosanya dan diberkati razekinya. "
  • " Manakala bagi mereka yang berupaya menyempurnakan sebulan puasa sunatnya dalam bulan Sya'ban, akan dipermudahkan baginya sakaratul maut, terlepas dari azab kubur, ditutupkan aibnya dan diwajibkan bagi dirinya memasuki syurga. "


2) NISFU SYA'BAN
  • " Malam ini adalah malam dimana akan diangkat semua amalan hambaNYA ke langit ; pada malam ini Allah membebaskan ahli neraka yang ramainya seperti bilangan bulu-bulu kambing Bani Kalb. "
  • " Melaksanakan qiammulllail - memendekkan qiam ( berdirinya ), tetapi memanjangkan sujud ( berdoa didalam sujud ; merupakan antara waktu yang mustajab berdoa. "


3) BERISTIGHFAR, BERSELAWAT & BERZIKIR
  • " Memperbanyakkan istighfar & penghulu istighfar - (70/100 kali pagi dan petang ). "
  • " Memohon keampunann bagi diri sendiri, ibu bapa kita, keluarga kita, guru-guru kita, sahabat handai kita dan juga muslimin dan muslimat. "
  • " Memperbanyakkkan zikrullah - ( 100x pagi & petang ), - zikir penamat ( 10x )."
  • " Membaca tasbih,ta'zim, tahmid dan haukalah - ( 100x ). "
  • " Membaca selawat keatas Nabi s.a.w. - ( 10/100x pagi / petang ). " 

4) SOLAT SUNAT
" Sebagai tambahan juga untuk memenuhi masa didalam bulan Sya'ban , moleklah jika ianya ditambahdengan pelbagai ibadah lain seperti tilawah dan tadarus Quran juga solat-solat sunat. Antara solat-solat sunat yang boleh dilakuakn ialah ; solat sunat Isryak, Dhuha, solat-solat sunat yang mengiringi solat-solat fardhu, solat  sunat Tahajud, solat sunat Tasbih, solat sunat Hajad dan solat sunat Awwabin. "

5) BACAAN YASSIN

6 ) QIAMMULAIL



Wednesday, June 22, 2011

HIKMAH

 Petikan dari buku BERANI GAGAL
1. Saya telah lebih banyak belajar daripada kesilapan2 saya daripada kejayaan2 saya (Sir Humphry Davy)
2. Kita tidak belajar daripada kejayaan2 kita, kita belajar daripada kegagalan2 kita (John Naisbitt – Pengarang Megatrends Asia)
3. Kita lebih banyak mendapat kebijaksanaan daripada kegagalan berbanding dengan kejayaan. Kita sering mengetahui apa yang akan kita buat dengan menentukan apa yang tidak akan kita buat. Dan semungkinnya orang yang tidak pernah membuat kesilapan tidak pernah juga membuat penemuan (Samuel Smiles)
4. Watak tidak boleh dibina dengan mudah dan senyap2. Hanya melalui pengalaman2 dugaan dan penderitaan sahaja semangat boleh diperteguh, wawasan diperjelas, cita2 diilhami dan kejayaan dicapai (Helen Keller)
5. Anda memerlukan sebanyak mungkin pengalaman2 getir untuk menzahirkan keunggulan anda (Richard Nixon)
6. Hanya setelah menuruni lembah yang terdalam barulah anda dapat menilai keindahan gunung yang tertinggi (Richard Nixon)
7. Terdapat faedah praktis yang terbaik dalam mengalami beberapa kegagalan awal2 lagi dalam hidup (Thomas Henry Huxley)
8. Kesusahan dan kekalahan membolehkan kita mengembangkan akal kita dan maju ke hadapan (Thomas Henry Huxley)
9. Berlian itu adalah sebutir arang batu yang menjadi unggul akibat tekanan (Tidak bernama)
10. Kepuasan itu terletak pada usaha, bukan pada pencapaian. Usaha sempurna itu adalah kemenangan sempurna (Mahatma Ghandi)
11. Kejayaan itu suatu perjalanan, bukan suatu tempat tujuan – separuh daripada keseronokannya terdapat dalam menuju ke sana (Gita Bellin)
12. Orang yang gagal dalam hidupnya ialah orang yang hidup dan gagal belajar
13. Kebanyakan orang membuat satu kesilapan yang sama … dengan menganggap kegagalan sebagai musuh kejayaan…. anda semestinya mempergunakan kegagalan untuk kebaikan anda….. Teruslah mara dan buatlah segala kesilapan. Buatlah sebanyak mana yang mungkin anda buat. Kerana ingatlah bahawa disitulah tempat anda menemui kejayaan – di sebalik kegagalan. (Thomas Watson – IBM)
14. Kekuatan dan perkembangan hanya terhasil melalui usaha dan perjuangan berterusan
15. Kita tidak mungkin menemukan lautan baru jika kita tidak berani belayar jauh dari pantai
16. Orang yang tidak mempunyai cukup keberanian untuk bermula itu sememangnya telah pun tamat (Unanimous)
17. Hidup ini sama ada suatu pengembaraan yang mencabar dan berbahaya ataupun tiada apa-apa (Helen Keller)
18. Sebatang anak tangga itu bukanlah dimaksudkan sebagai tempat merehatkan sebelah kaki sipemanjatnya, tetapi sekadar sebagai tempat berpijak sejenak cukup untuk membolehkannya meletak kaki yang sebelah lagi di suatu tempat yang lebih tinggi (Thomas Henry Huxley)
19. Satu-satunya orang yang tidak membuat kesilapan adalah orang yang tidak berbuat apa-apa. Janganlah takut kepada kesilapan dengan syarat anda tidak mengulangi kesilapan yang sama (Roosevelt)
20. Tiap-tiap orang mempunyai bakat. Apa yang berkurangan adalah keberanian untuk menyusuli bakat itu ke tempat gelap yang ditujuinya (Enic Jang)
21. Orang terganggu bukannya oleh perkara yang berlaku, tetapi oleh pendapat mereka tentang yang berlaku (Epitetus)
22. Banyak bakat yang terbazir hanya kerana kekurangan sedikit keberanian. Setiap hari menyaksikan pengebumian orang-orang yang sungguh menghampakan yang sifat penakut mereka menghalang mereka daripada membuat percubaan pertama (Sydney Smith)
23. Bersusah hati tentang apa yang tidak anda miliki adalah membazirkan apa yang anda mlliki Ken Keyes)
24. Muda atau tua itu bukannya bergantung pada tarikh masa, tetapi keadaan jiwa. Tugas kita bukanlah menambah usia kepada kehidupan kita, tetapi menambah kehidupan kepada usia kita (Myron J. Taylor)
25. Fikiran yang disemai, tindakan yang dituai.Tindakan yang disemai, tabiat yang dituai
26. Tabiat yang disemai, peribadi yang dituai. Peribadi yang disemai, nasib yang dituai (Unanimous)
27. KEJAYAAN DAN KEGAGALAN
 Aku tidak memilih untuk menjadi insan biasa
 Adalah hakku untuk menjadi berbeza
 Aku mencari kesempatan, bukannya keterjaminan
 Tidak kuingin menjadi warga pelihaharaan
 Lemah dan terpedaya dek terbiasa dengan jagaan negara
 Aku ingin mengambil risiko terhitung
 Untuk mengimpikan dan membina, untuk gagal dan berjaya
 Galakan tidak kan kutukarkan dengan elaun pengangguran
 Lebih kusukai cabaran hidup daripada elaun pengangguran
 Lebih kugemari cabaran hidup daripada elaun pengangguran
 Lebih kugemari cabaran hidup daripada kewujudan lesu yang terjamin
 Keghairahan pencapaian daripada kesempurnaan hambar
 Tidakkan ku perdagangkan kebebasan dengan derma sumbangan
 Tidak juga maruah dengan sedekah
 Tidak kan aku ketakutan di hadapan sebarang tuan
 Tidak juga kan kutunduk kepada sebarang ugutan
 Sudah menjadi warisanku untuk sentiasa berdiri teguh
 Bangga dan tidak gentar
 Berfikir dan bertindak untuk diri sendiri
 Dan menghadapi dunia dengan penuh berani
 Dan berkata ‘Inilah yang kulakukan’
 Inilah erti sebenarnya menjadi seorang insan

Friday, April 8, 2011

madah HIKMAH

Semoga Allah merahmati seorang hamba yang merenung sejenak sebelum melakukan suatu amalan. Jika niatnya adalah karena Allah, maka ia melakukannya. Tapi jika niatnya bukan karena Allah maka ia mengurungkannya.”


"Mata yang berasal dari unsur air memiliki sifat adil. Dengan melihat sinar mata seseorang, kita boleh mengetahui isi hatinya. Mulut boleh berdusta tetapi pancaran mata seseorang akan mengatakan yang sebenarnya...."


“Sesungguhnya Allah telah menetapkan kematian, sakit dan sehat (bagi setiap hamba-Nya). Barang siapa mendustakan takdir maka sesungguhnya ia telah mendustakan al-Qur’an. Dan barang siapa mendustakan al-Qur’an, maka sesungguhnya ia telah mendustakan Allah.”


"Kata-kata yang terucap di bibir sebenarnya tidak dapat mencerminkan apakaH yang berlaku di sudut hati. Tiada kata-kata yang dapat meluahkan rasa cinta melainkan perasaan sayang dan cinta itu sendiri yang wujud dan dipamerkan secara semulajadi."


"Life is not measured by the number of breaths we take, but by the moments that take our breath away."

Sunday, April 3, 2011

memories of Redang Island.. Marine park




           Assalamualaikum.... 1st of all.. jutaan ucapan syukur ana panjatkan pada ILAHI atas ikmat dan inayahnya dapat juga ana menulis entry baru dalam blog ana ni..da lama xmenulis... rasa rindu btl.... "fresh memories"..semalam ana baru ja pulang dari camping... ko asas pelayaran wat camping di Marin Park Pulau Redang untuk final project.. apa pun... trip ana n kawan2 di sana sangat menyeronokkan,,, kenangan yang xkan ana lupakan... terima kasih buat sahabat2 yang telah bertungkus lumus menjalankan dan merancang program itu.. khusus wat ajk tertinggi program yang diketuai oleh... saudara syafiq dan fatah.. terima kasih ya... juga wat en. Nizam, Abg. Yus, Cikgu Othman dan cikgu Rashid... terima kasih banyak2 suma...juga wat team asas pelayaran 2011..i'm having a nice n unforgetable memories camping with all of u... hope ukhwah yang telah kita bina xkan berakhir sampai bila2......
        Nak cite sikit pasal trip ana n sahabat2 ana ke Marine Park Pulau Redang la...hehehehe..night before the day, ana bersama rakan2 sekelas bertungkus lumus untuk menyiapkan assgnment kajian Terapan...lambat juga siap tugasan tu..hampir 3 pg...tp apa pun..alhamdulillah siap jg..kalau x...wallahua'lam... jd sebelum itu..ana nak ucapkan ribuan terima kasih buat group member yabg sama2 bertungkus lumus menyiapkan tugasan berkenaan... thanks to lokman n farah fauzi...
      em, about our camping plak... ana n sahabat2 asas pelayaran yang lain dikehendaki berkumpul di perkarangan pejabat asrama pada jam 8.00pg..sebanayak dua bas disediakan untuk pengangkutan kami...1 bas panjang.. n "1 bas pendek"..hehehehe.. dan kami bertolak ke jeti pada jam 8.30 pg....pelbagai2 reaksi yang dapat dilihat time tue.... masing2 berwajah ceria.. berbagai-bagai cerita turut dikongsi bersama...sebelum kami tiba di jeti, kami singgah dahulu di kem merang untuk mengambil peralatan dan bekalan makanan sepanjang tempoh perkemahan kami di pulau redang. hehehehe..banyak betul barang2nya... rasa macam xmuat bas pun ada...di kem merang...kami telah diminta erkumpul untuk diberi sedikit taklimat.....Jeng...Jeng...Jeng.....tbe2..1 pengumuman yang agak menggemparkan telah diumumkan oleh En. Nizam...." program ke Pulau Redang terpaksa dibatalkan disebabkan keadaan cuaca yang agak buruk.. " pelbagai reaksi kecewa dan tidak menyenagkan dapat dilihat pada wajah sahabat2... sedih juga rasanya... Tuhan ja yang tahu apa yang kami semua rasakan pada masa tu....HUHUHUHUHU...walaupun hati ini dapat menerima dengan redha..tp tetap masih ada rasa sedih....


        Dengan hati yang berat kami semua kembali menaiki bas... dan kami dijangka akan meneruskan aktiviti camping hanya di kem Bari..... sedihnya....perasaan kami semua bergolak..... walaubagaimanapun, dalam masa yang sama, Syafiq masih terus berusaha untuk merealisasikan rancangan asal kami...alhamdulillah...Allah permudahkan dan kabulkan juga doa2 kami.... plan asal kami akhirnya berjaya diteruskan...alhamdulillah....gembiranya....bukan kepalang... hehehehe..nasib xda yang bersorak HOREY kuAT2...hehehe..

Setelah itu, bas yang kami naiki kembali berpaah balik ke jeti.... kami akhirnya bertolak ke Marin Park Pulau Redang pada jam 2.00 petang.....2 bot digunakan sebagai pengangkutan kami ke sana....hehehe..awal2...semuanya dalam keadaan gembira..kegembiraan terpancar pada raut wajah setiap orang semasa didalam bot....

everybody looks happy
but....a few minutes later.................................
masing-masing sudah kelihatan xsenang duduk da...

 Perut ada yang da mula rasa memulas2...bergelodak....hehehehe....1....2......3...........buuuuuuuurp.........adush...ada yang da mula "vomiting " akhirnya...... keadaan dalam bot mula menjadi haru biru..ramai yang da makin xkeruan... seorang...demi seorang juga mula..."vomiting"... bot mula xstabil....huhuuuhu....suddenly..... the boat stop.... pemandu bot serta pembantunya mula turun dari dek... ana dan sahabat2 yang lain kecut perut juga bila enjn bot tiba2  mati...keadaan ombak yang agak kuat membuatkan bot kami terumbang ambing agak kuat apabila dipukul ombak...jadi...makin ramai juga yang berasa semakin pening......dan........................ ehem2...en.Nizam juga sudah xsenang duduk..risau en,.Nizam dibuatnya..maklumlah..anak2nya ramai yang mabuk laut... kasihan en.Nizam...

walaupun xsenang duduk..en.Nizam masih mampu menghadiahkan sebuah senyuman

           Beberapa minit kemudian, bot yang kami naiki kembali meneruskan perjalanannya... em, rupa2nya bot kami terhenti tadi disebabkan minyak tumpah dan keadaan bot tidak stabil...alhamdulillah...tiada apa2 yang agak membimbangkan... mission continue....... beberapa minit kemudian, akhirnya.............kelihatanlah daratan marine park... hehehehehehe.......

         1/4 ja dari marine park...... hehehehee....beso lg marine parknye...

               Masing2 kini sudah mula menarik nafas lega...mana tidaknye..da nampak darat juga akhirya.. hehehehe... nice..... hilang jg rasa mual2 n bergelodak dalam perut tgk pantainya yang menawan tue..hehehehe...
            antara pic yang sempat ni "shoot"


               Setibanya kedua2 group di marine park... kami kemudiannya mendengar sedikit taklimat daripada pegawai yang bertugas pada minggu berkenaan berkenaan denagn peraturan dan maklumat berkenaan dengan tempat tersebut... kemudiannya kmi di berikan taklimat berkenaan pemasangan khemah oleh en.Nizam..... =)
taklimat oleh pegawai marine park.... "sempoikan pegawainya"....hehehehe..tp best... syafiq tetap setia disampingnya.....hehehehe

Then...ana n sahabat2 yang lain mula mendirikan khemah kami................."bersatu kita teguh...bercerai kita roboh...yang berat sama dipikul....yang ringan dijinjing sama...... sepakat membawa berkat...asas hidup bermasyarakat...amalkan hidu[ yang sihat...selamat dunia akhirat..." hehehehee.. siap menyanyi lagi..... tp dalam hati ja...." dalam hati ada taman la katakan... excited...."

Malamnya, kami ada aktivi dalam kumpulan....ice breaking.....n game naga berkepala 3 and men " boom...boom"..... Opss...sebelum tu....lupa nak beritahu...kami ada BBQ sebelum tu...nyum2....sedap............. ada ayam bakar.....hot dog..... bihun goreng jg..... hehehehe....




yeah...yeah... berat juga ya... hehehehe

kemudiannya.........pembahagian tugas untuk sentry diberikan oleh syafiq.... setiap group dikehendaki untuk mengawal..... hehehehe...dapat pengalaman jadi guard juga la katakan.... =) but...it really nice experience too.. picture jd sentry x sempat nak snap... my team dikehendaki "mengawal" dari jam 2.55- 3.3opg... thanks all..... "lyn, julie, jannah, me, fatah" terima kasih sudi mengawal keadaan sekeliling... =)

em...cerita hari esoknya nnt ana sambung ya.... insyaallah... nak wat kerja cikit sekarang... see all of u again later k..... take care...

wassalam.....


  

penyejuk hati