flauting background

Wednesday, January 12, 2011

ikan..oh ikan...


salam elaik.....post ni saya amik dari kosmo online....... makin mahal harga ikan ya....em...masalah juga tu...

Ikan bukan makanan murah

HARGA ikan kini lebih mahal daripada daging dan ayam.


SEKILOGRAM ikan jenahak dijual pada purata harga RM17 di beberapa pasar borong sekitar Kuala Lumpur sepanjang minggu lalu. Ikan kerapu bunga pula sekitar RM15 sekilogram. Sekilogram ikan merah pula dijual pada harga RM16.
Meninjau harga makanan laut yang didaratkan di kompleks Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) yang direkodkan di laman sesawang Ikan Online pula, harga-harga itu tidak jauh berbeza.
Penjualan di peringkat runcit bagaimanapun menunjukkan sedikit peningkatan di antara RM2 hingga RM5 pada kadar purata berbanding harga di atas.
“Harga ikan dan makanan laut mentah di pasaran pun sudah mahal. Jadi kami tak dapat elak daripada meletakkan harga yang lebih tinggi setelah siap dimasak.
“Kami beli kerapu, jenahak dan siakap, contohnya, pada harga mencecah RM20 sekilogram.
“Itu pun harga yang dibeli terus dari pemborong tetap,” ujar pemilik dan pengusaha restoran makanan laut Aroma Ikan Bakar, Mohd. Naim Omar, 46.
Ikan bakar
Malah, harga udang mentah juga, kata Naim, pernah mencapai RM60 sekilogram, khususnya pada musim perayaan.
Kadar purata untuk udang harimau mentah pada minggu lalu di pasar borong sekitar Kuala Lumpur sahaja hampir mencapai RM49 sekilogram.
Biarpun harga makanan laut memang diketahui mahal, restoran yang beroperasi sejak 2004 dan terletak di kawasan yang agak terpencil di Pantai Jeram, Kuala Selangor, itu tidak pula menunjukkan risiko untuk ‘bungkus’ dalam masa terdekat.
“Saya seringkali terkejut ketika mendapat komen daripada pelanggan. Saya sangka mereka mahu mengatakan caj yang kami kenakan mahal, tetapi yang sebaliknya kami terima.
“Sehingga hari ini kami sudah dapat melihat coraknya. Pelanggan dari bandar akan mengatakan caj kami murah manakala pelanggan dari luar bandar akan mengatakan harga kami mahal. Jadi semuanya terpulang kepada pelanggan,” kongsinya.
Pengarah restoran berasaskan makanan laut, Sekinchan Ikan Bakar, Liza Ruzaini Mohd. Husin, pula membuat perbandingan antara harga ikan bakar di restorannya dengan yang dijual di gerai.
“Harga ikan bakar di gerai pun mencecah RM9 per 100 gram. Sedangkan di restoran kami, pelanggan bukan sekadar dapat makan ikan bakar dan makanan laut yang lain yang segar, tetapi dapat menikmatinya dalam suasana yang selesa, sesuai dengan konsep keluarga yang dilengkapi Wi-Fi dan Astro, serta sos yang sedap,” kata Liza.
Jika diperhatikan, harga bagi 100 gram ikan kerapu, siakap dan merah yang siap dibakar di Sekinchan Ikan Bakar hanyalah RM7. Ikan kembung pula dijual di antara RM6 hingga RM10, begitu juga untuk udang kertas.
Import
“Ketam kami juga hanya RM10 seekor. Di kedai mamak, seekor ketam dijual RM13,” sambungnya. Sekinchan Ikan Bakar, jelas Liza, menggunakan sumber laut tempatan.
“Makanan laut tempatan lebih manis rasanya berbanding yang diimport dari negara jiran seperti Thailand, Burma dan Bangladesh kerana ia tidak dibekukan.
“Kami juga menawarkan ikan segar dan bukan yang disejukbekukan seperti di sesetengah restoran.
“Kami tidak meletakkan sebarang peti sejuk beku di restoran kami. Sebaliknya sumber bahan mentah kami dihantar setiap hari dari Sekinchan,” dedahnya.
Melalui pengalamannya sendiri merasa ikan bakar di Langkawi, Kedah, Liza mengakui harga yang terpaksa dibayar mahal.
“Harga ikan bakar mereka mencecah RM10 setiap 100 gram. Tetapi rasanya sedap dan suasananya selesa, jadi saya tidak kisah dan cukup berpuas hati.
“Kalau rasa tidak sedap, bayar sedikit pun orang marah. Tetapi kalau rasanya sedap bayar lebih sedikit pun, sesetengah orang tidak kisah,” sambung anak jati Sekinchan, Selangor itu.
Pengarah Bahagian Pemasaran Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM), Mohari Mohamad Tamin, menerangkan harga ikan dan makanan laut yang lain yang didaratkan di jeti, rata-ratanya 40 peratus lebih rendah harganya berbanding harga pasaran.
“Kalau bahan mentah itu melalui peraih terlebih dulu, harga itu akan meningkat lebih tinggi. Peningkatan itu sebenarnya berlaku berikutan kos pengangkutan yang tinggi selain kos upah tenaga buruh, pembinaan bot, kaedah penangkapan, teknologi yang digunakan, enjin, dan minyak yang mahal,” ulas Mohari.
Pada musim tengkujuh, apabila ikan sukar diperolehi dan musim perayaan yang melibatkan kepercayaan yang berkaitan ikan, akan turut mengangkat nilai makanan laut itu.
“Pada Tahun Baru Cina, harga ikan bawal putih akan mencanak sehingga mencapai harga tidak munasabah. Jika lazimnya harga ikan itu ialah sekitar RM20 sekilogram, ia boleh mencecah RM100 sekilogram.
“Namun, harga di peringkat runcit atau di peringkat restoran dan kedai makan melibatkan nilai tambah yang berbeza.
“Antaranya termasuklah mempertimbangkan sama ada sumber datang daripada air tawar atau air masin, liar atau diternak, dibekalkan dalam keadaan masih hidup atau sudah mati, dari perairan tempatan atau import dan sebagainya,” jelas Mohari.

Wednesday, January 5, 2011

titipan kalbu..


salam elaik...
Alhamdulillah masih diberi kesempatan lagi mencoretkan sesuatu dalam ruangan blog ana ini...

"Imam Hassan Al-Banna: Perempuan menggoyang hayunan dengan tangan kanannya dan menggoncang dunia dengan tangan kirinya. Ketenteraman, ketenangan dan perlindungan, itulah kata tepat untuk menggambarkan antara lelaki dan perempuan."

Adakah kehidupan yang kita lalui sehari-hari ini adalah kehidupan yang bahagia???
Apakah erti bahagia???
sesungguhnya bahagia adalah impian semua insan. Namun ramai antara kita yang tersilap mentafsir bahagia. ada yang mengatakan mereka bahagia memiliki keluarga yang besar, ada pula yang mengatakan mereka akan bahagia apabila mereka memiliki pasangan yang serasi dengan mereka dan ada juga yang mengatakan bahawa mereka bahagia apabila berjaya memiliki eset kekayaan yang melimpah ruah...namun, ringkasnya makna kebahagia yang sebenar adalah terletak pada diri masing-masing. Kita mungkin merasa tidak bahagia, namun orang lain melihat dan merasakan kita sedang bahagia. makna kebahagiaan sesungguhnya telah banyak dihuraikan oleh pelbagai prinsip ilmu, namun apa yang pasti, semuanya memandang kebahagiaan  sebagai sesuatu yang positif dalam hidup dan harus seharusnya dirasai oleh semua insan.

Raihlah kebahagiaan sejati walau dimana kita berada dan walau siapa pun kita. Yang penting kebahagiaan itu, biarlah bukan kebahagiaan yang bukan hanya membahagiakan diri kita sendiri sahaja, bahkan turut memberikan kebahagiaan kepada insan lain juga. Janganlah kebahagiaan itu mengancam, mengganggu dan menyusahkan orang lain. Capailah kebahagiaan sejati dan abadi sebagaimana yag dituntut oleh Islam... 


SEKIAN DAHULU...WASALAM...

Monday, January 3, 2011

Assalamualaikum... Salam pembukaan tirai 2011


Salam tirai pembukaan 2011 buat semua sahabat2....Semoga kemunculan tahun baru ini bakal kita isi dengan sebaik mungkin.

Bagaimana dengan azam tahun baru antum semua???  em, dan bagaimana dengan perjalanan tahun 2010 yang lalu? dimanakah pencapaian kita? adakah kita berjaya mencapai matlamat dan memenuhi azam kita yan telah kita tanam diawal tirainya?

 Pejam celik-pejam celik...masa terus berlalu meninggalkan kita..sesungguhnya masa itu amatlah berharga namun kita yang seringkali terleka dan lalai terhadap masa...sebagaimana Firman ALLAH dalam surah al-'asr...:" .والعصر. ان الأنسن لفى خسر وعملواالصلحت وتواصوابالحق وتواصوابالصبر" --> "demi masa. sesungguhnya manusia berada dalam kerugian melainkan orang-orang yang beriman dan mengerjakan kebaikan serta saling menasihati untuk kebenaran dan saling menasihati untuk kesabaran."

 sesungguhnya, masa yang berlalu itu xkan datang kembali kan...adakah kita memanfaatkan masa kita dengan sebaiknya ya??? wallahu'alam..apa pun kita sebagai hamba Allah...mmg tidak akan pernah lepas dari kelalaian dan dosa..namun, kita tetap perlu sentiasa berusaha untuk menjadikan diri kita lebih baik.... muhasabah.....taubat....beriman...beramal......tawakal.......ikhlas.....



apa pun...semoga perjalanan kita menyusuri tahun 2011 bersamaan 1432H sentiasa diberkati dan mendapat redhaNYA....Mudah-mudahan....amin...


 moga-moga usaha-usaha kita walau yang sekecil-kecilnya turut mendapat keberkatan dan ganjaran dari Allah SWT. Jadikan hijrah tahun ini lebih bermakna.
Mulakan tahun baru dengan niat, azam dan tekad ke arah yang lebih baik.
Moga hari ini lebih baik daripada semalam.

Ada 3 kategori manusia :-
BERJAYA : Hari ini lebih baik daripada semalam
TERPEDAYA : Hari ini sama seperti semalam
HINA :Hari ini teruk daripada semalam

Pilihlah salah satu, bukan dua.
Pandulah hati menuju redha Ilahi.. Pandu cermat, Iman selamat..

Salam pembukaan tirai 2011 dan 1432H

penyejuk hati