flauting background

Friday, January 6, 2012

cedapnye ice CREAM......






Assalamualaikum w.b.t

" HAISH....baru ja habis paper Haqaid Tasawwuf.... ada dengan Ina my beloved friend kat  libary U ni..huhuhu.. at last dapat juga mencoretkan sesuatu dalam blog ana ni..lama da tinggal...

EXAM .... Walaupun perkataan itu dan realitinya tidak ana sukai..namun, hakikatnya..hidup ini memang sentiasa ada Exam pun..bukan setakat masa study ja.... Sepanjang hidup ini kita akan sentiasa ada exam... Nak pilih Kursus nak belajar...nak pilih Koko nak amik.... nak pilih TEMAN hIDUP pun exam juga kan...tanpa kita sedari... Walaupun, sepanjang menjalani kehidupan, seringkali kita mengeluh kelelahan....menangis kesedihan...namun disebaliknya masih juga ada terselit kegembiraan dan kebahagiaan..


Jujurnya, sekarang ana, berasa agak keliru dan buntu mengenai suatu hal yang agak penting dan memerlukan tanggungjawab dan komitmen yang amat besar padanya... Namun, dalam kejerihan yang ana rasai ini... wujud dan terbit satu perasaan dan suasana lain yang lebih baik.... walau pada awalnya tidak ana sedari..Namun, kini anda berupaya menyedarinya... Syukur Alhamdulillah diatas kurniaanMU ini Ya ALLAH..Aku sangat bersyukur..

Dalam beberapa detik dan ketika ini..walau hanya dalam tempoh masa yang agak singkat..banyak pengalamaan baru dan ilmu baru yang ana perolehi daripanya.. walau awalnya tidak ana sedari.. Namun kita, ana sedar hikmahnya pertemuan dan perkenalan ini.. TERIMA KASIH..hanya ungkapan ini yang mampu ana hadiahkan buat insan istimewa berkenaan.. Walaupun, kemungkinan besarnya insan tersebut sememangnya tidak akan pernah mengetahui luahan ana di dalam ruangan ini..Apa pun, harapan ana, semoga dia akan sentiasa berada dalam lindungan dan rahmat aLLAH.. "Ya ALLAH, Kau lindungilah dirinya dari sebarang bala bencana, fitnah dunia, dan fitnah syaitan.. Kau kekalkanlah hatinya didalam ketenangan dan keyakinan yang kukuh terhadapMU..Kau rahmatilah dan berkatilah dirinya...Tempatkan dan jadikan dia dalam kelompok hamba-hambaMu yang beriman dan bakal mendapat ganjaran JannahMU.."

Setiap nasihat dan kata-kata hikmah darimu tidak akan ana lupakan...Insyaallah... Semoga dirimu sentiasa dilindungi disana.. Nurul tidak akan melupakan ----- .... Terima kasih atas kenangan, peringatan, kata-kata semangat dan cabaran yang memadamkan api ketakutan untuk memandu kembali dalam diri ini..Terima Kasih..

Buat sahabat baik ana,
Jutaan terima KAsih juga ingin ana rakamkan buat kalian... Terima kasih kerana sudi bersama ana disaat ana memerlukan teman.. Terima Kasih juga kerana sudi mendengar luahan dan menghulurkan bantuan..Kalian sahabat sejati dunia dan akhirat... "Semoga Allah sentiasa memberkati dan merahmatiMU.." semoga ikatan ukhwah yang terbina antra kita akan berkekalan hingga ke akhirnya juga....

*INA*AIZAD*FARAHI*BASHIRAH*KAK IFFAH*KAK YUS*HAZILIN*ABG PIDUT*ABG SABRI*YEOP*SHIDI(ABAH)* serta sahabat-sahabat yang lain... TERIMA KASIH banyak-banyak... Bit'taufiq wannajah....

Nah, tertanya-tanya tak napa tiba-tiba gambar ICE CREAM yang amat mengiurkan berada diatas sana..Hehehehe.. Sebenarnya, ana dengan sahabat ana Ina teringin pula nak makan ICE CREAM...bila ana search di image GOOGLE..gambar berkenaan yang telah menarik perhatian ana.. Jadi, ana telah mengambil keputusan untuk merakamkan gambar ICE CREAM tersebut dalam blog ana...

Nyum..nyum...cedapnye...... Baik lah..ana rasa cukup dahulu setakat ini yang ingin ana kongsikan bersama..
Sekian dahulu dari ana...  ana tinggalkan semua kali ini dengan kata-kata hikmah untuk dihayati bersama :
Wassalam...

penyejuk hati