flauting background

Sunday, May 16, 2010

SELAMAT HARI GURU....

Dapatkan Mesej Bergambar di Sini


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

AL-fatihah buat sahabat sekampus..


Pesilat lemas ketika selamat rakan

KUALA TERENGGANU 15 Mei - Kegembiraan 14 ahli kumpulan silat Universiti Darul Iman Malaysia (UDM), mandi-manda di Pantai Tok Jembal di sini hari ini, bertukar tragedi apabila seorang daripada mereka mati lemas manakala dua lagi kritikal.
Dalam kejadian kira-kira pukul 10 pagi itu, mangsa, Nor Hidayu Mokhtar , 19, penuntut tahun dua Diploma Perbankan UDM mandi bersama tujuh lagi rakannya.
Bagaimanapun seorang daripada mereka yang dikenali sebagai Hanisah tiba-tiba dihanyutkan ombak.
Mangsa dan seorang lagi rakannya, Adibah yang melihat kejadian itu cuba menyelamatkan Hanisah tetapi mereka dihanyutkan ombak.
Ketiga-tiganya diselamatkan oleh lima rakan lelaki tetapi mangsa gagal diselamatkan ketika dalam perjalanan ke Klinik Desa Seberang Takir dekat sini.
Menurut saksi yang juga peniaga di kawasan itu, Wok Ali, 60, kumpulan penuntut berkenaan tiba di pantai itu pada pukul 9 pagi dan sempat singgah di gerainya untuk minum air kelapa.
Ujarnya, dia juga sempat berbual dengan kumpulan penuntut berkenaan sebelum mereka ke tepi pantai untuk bermain bola.
"Setahu saya, mereka ke pantai tersebut untuk menjalani latihan silat namun saya melihat mereka hanya bermain bola sebelum mendengar jeritan beberapa penuntut meminta tolong.
"Apabila tiba di tepi pantai, saya lihat salah seorang penuntut perempuan lemas," katanya kepada pemberita ketika ditemui di Pantai Tok Jembal di sini hari ini.

Sumber: -Mingguan Malaysia(16 mei 2010)-

Wednesday, May 12, 2010

Vaksin H1N1 Disyaki Boleh Mengakibatkan Kematian

salam.... benar atau tidak?


August 19th, 2009 · 38 Comments · Politik dan Konspirasi, Rancangan Rahsia Dajjal, Uncategorized


oleh Ibnuyaacob & Abd Aziz Atiqullah




Pada 15 Ogos 2009 lepas, akhbar Daily Mail mendedahkan bahawa vaksin H1N1 yang bakal digunakan oleh kebanyakan negara-negara dunia mempunyai kesan sampingan yang berbahaya kepada penerimanya. Para penerima vaksin H1N1 dikhuatiri berhadapan dengan masalah gangguan otak yang dipanggil Guillain-Barre Syndrome (GBS).




Pada 29 Julai 2009, Prof. Elizibeth Miller, Pengarah Jabatan Imunisasi di bawah Health Protection Agency di Britain telah menulis surat amaran tentang bahaya kesan sampingan dari vaksin H1N1 yang bakal dijual syarikat farmasi gergasi dunia. Surat itu dihantar kepada 600 orang lebih Senior Neurologist di seluruh British.


Surat yang bertarikh 29 Julai 2009 lepas itu berjaya merungkaikan betapa teori-teori konspirasi yang dinyatakan sebelum ini benar dan sahih. Walaupun kerajaan Amerika cuba berselindung dan berdolak-dalik ketidakterlibatannya dalam isu Selsema Babi (SB), tetapi ada segelintir masyarakat yang sanggup mendedahkan rahsia kerajaan mereka ini.


Vaksin yang dibina oleh syarikat-syarikat farmasi gergasi dunia ini dijangka diedarkan kepada orang ramai pada awal Oktober. Di Amerika sahaja, sebanyak 13 juta rakyat akan disenaraikan untuk menerima suntikan.


Selain daripada bukti surat ini, apa yang boleh mensahihkan konspirasi Selsema Babi inia adalah kenyataan dari salah seorang Senior Neurologist yang ditemu ramah oleh wartawan Jo McFarlane. Menurut Senior Neurologist itu, dia sendiri tidak akan mengambil suntikan vaksin tersebut.


“I would not have swine flu jab because of the GBS risk.”


Menurut neurologist tersebut, mereka percaya vaksin H1N1 hanya akan mengulang kembali tragedi kematian 25 orang rakyat Amerika pada 1976 dulu yang menerima suntikan vaksin H1N1.


Walaupun kecenderungan untuk mati adalah 1 nisbah 80,000 orang. Tetapi kesemua 80,000 tersebut sudah mewarisi kesan kekal GSB seumur hidup. Bagi yang meninggal dunia kemungkinan ketahanan imunisasi badansudah sedia lemah.


Kenyatan pakar-pakar neurologi antarabangsa tentang H1N1


Dr Rustam Al-Shahi Salman, ahli Association of British Neurologists, mengatakan;


“Following the 1976 programme of vaccination against swine influenza in the US, a retrospective study found a possible eight-fold increase in the incidence of GBS.”


Dr. Thomas Jefferson, koordinator badan bebas penyelidikan vaksin di Britain;


“New vaccines never behave in the way you expect them to. It may be that there is a link to GBS, which is certainly not something I would wish on anybody”


Dr. Richard Halvorsen, penulis buku The Truth About Vaccines, mengatakan;


“For people with serious underlying health problems, the risk of dying from swine flu is probably greater than the risk of side effects from the vaccine.”


Dr. Patrick Chinnery, ahli Association of British Neurologists mengatakan;


“During the last swine flu pandemic, it was observed that there was an increased frequency of cases of GBS. No one knows whether it was the virus or the vaccine that caused this.”






(Kiri) Prof. Elizabeth Miller (Tengah) Dr. Rustam Al-Shahi Salman (Kanan) Dr. Richard Halvorsen


Jika ada doktor di Malaysia yang mengatakan vaksin H1N1 tidak merbahaya, kerajaan patut memberikan anugerah Profesor Diraja kepada doktor tersebut kerana kenyataannya telah mengenepikan hujah-hujah dari pakar-pakar neorologi di atas.


Bagi mana-mana pembaca yang menghadiri taklimat pemvaksinan dari kementerian kesihatan (jika ada), sila cetak artikel ini dan tanyakan soalan berkaitan vaksin kepada penceramah. Jika pembaca seorang pelajar jurusan perubatan atau farmasi, sila timbulkan isu ini semasa di bilik kuliah dan berbincang dengan pensyarah anda untuk penambahan ilmu.


Pengakuan Penghidap GBS






Hillary Wilkinson, 57 tahun mendedahkan beliau adalah salah seorang penghidap GBS. Menurutnya, selepas dia mengambil vaksin H1N1 pada 2006, beliau mengalami kesukaran bernafas, sakit-sakit sendi dan sukar bercakap. Keadaannya hanya kembali agak sihat setelah 3 tahun selepas itu dan dia bernasib baik tidak mati.


Keuntungan Segera Mula Kelihatan


Pada 20 Julai 2009, akhbar online Financial Times UK melaporkan bahawa gergasi-gergasi farmasi dunia yang berkonspirasi mengeluarkan vaksin H1N1 telah membuat keuntungan pusingan pertama dalam pengumuman penjualan vaksin.


Konglomerat farmasi seperti GlaxoSmithKline (GSK), Novartis, Baxter, Sanofi-Avantis dan Roche telah pun mengaut untung sebelum bayar berbilion-bilion dollar berdasarkan tempahan-tempahan dos dari pelbagai negara mengikut kontrak yang ditetapkan oleh World Health Organization (WHO). GSK telah pun memproses 1.5 juta dos vaksin H1N1 untuk dihantar ke seluruh dunia.


Bank pelaburan antarabangsa JPMorgan (bank Zionis kepunyaan Rothschild/Rockefeller) memberitahu setakat ini kerajaan Britain telah membelanjakan USD4.3 billion dan tempahan untuk dos vaksin dijangka akan meningkat kepada 600 juta dos.


Kesemua laporan keuntungan ini telah pun dijangka oleh ramai penyelidik konspirasi sejak wabak Selsema Babi mula melanda Mexico bulan April lalu. Kini wabak Selsema Babi ini sudah pun menyondol semua rakyat dunia tanpa belas kasihan.


Kandungan berbahaya dalam vaksin H1N1 keluaran GSK


Vaksin H1N1 yang dikeluarkan GSK disyaki mempunyai thiomersal (C9H9HgNaO2S) iaitu sejenis sodium yang mengandungi 49% merkuri yang digunakan untuk antiseptik dan anti-fungus agen. Penggunaan thiomersal walaupun dibenarkan WHO, tetapi masyarakat antarabangsa masih khuatir kerana beberapa kontroversi yang wujud semenjak ia diperkenalkan di dalam pemvaksinan.


Pada Julai 1999, Centre for Disease Control (CDC) dan American Academy of Pediatrics (AAP) telah mengeluarkan kenyataan media mendesak pengilang-pengilang ubat membuang thiomersal dari sebarang vaksin.


Lanjutan dari kenyataan itu juga, CDC dan AAP telah mengarahkan agar semua doktor menangguhkan dahulu suntikan imunisasi Hepatitis B kepada bayi yang baru lahir. Ini kerana seorang kanak-kanak dari Michigan telah meninggal dunia akibat suntikan itu.






(Gambar) Dr. Paul A.Offit, Ketua Jabatan Jangkitan Penyakit di Hospital Kanak-Kanak, Philadelphia.


Isu ini didedahkan oleh Dr. Paul A.Offit di dalam kertas penyelidikannya yang bertajuk Thimerosal and Vaccines - A Cautionary Tale di dalam The New England Journal of Medicine bertarikh 27 September 2007.


Selain itu, di dalam kertas penyelidikan yang sama Dr. Paul A.Offit juga mendedahkan, thiomersal yang terkandung di dalam vaksin juga disyaki menjadi punca kepada kelahiran anak-anak autisme. Pada Ogos 2005, seorang kanak-kanak autisme berusia 5 tahun telah meninggal dunia kerana mengambil suntikan tahunan yang dijadualkan.


Lanjutan dari isu thiomersal yang dimasukkan dalam vaksin-vaksin itu juga, seorang pakar autisme terkenal Dr. Alison Singer telah mengambil keputusan meletak jawatan dari menjadi Pengarah Autism Speaks yang ditubuhkan pada 2005.


Perletakan jawatan Dr. Alison pada Januari 2009 baru-baru ini adalah sebagai tanda protes kepada pihak kerajaan Britain yang terus membenarkan GlaxoSmithKline menggunakan bahan thiomersal. Dr. Alison juga menegaskan bahawa kisah kebanyakan selebriti terkenal yang semasa kecilnya berpenyakit autisme hanya propaganda media untuk melindungi helah kerajaan.


Wallhu’alam …




<http://ibnuyaacob.com/?p=1220 >>

Friday, May 7, 2010

*Gotong Royong*

Salam elaik....
Alhamdulillah, dapat juga berrsama-sama menyertai gotong-royong di taman perumahan ana.... =) Em, sebelum tu lupa pula... nak kabo... ana baru ja sampai dari terengganu awal pagi kelmarin.... jam 5 pagi...alhamdulillah..selamat juga sampai dan masih diberi peluang oleh ALLAH untuk menjejakkan kaki di Tanah kelahiran ana ni... "Tanjong Malim".....

  Lama tak update blog...rindu pula...jadi disini nak share tentang program arini.... program gotong royong....
Na....kalian tahu konsep sebenar gotong-royong tak? Em, umumnya amalan gotong-royong ni biasanya sinonim dengan konsep kerjasama dan berganding bahu masyarakat dalam sesuatu aktivi terutamanya dalam aktiviti membersihkan kawasan persekitaran taman perumahan, juga tidak ketinggalan aktiviti gotong-royong sewaktu majlis kenduri....

  Sejak dari dulu lagi, khususnya masyarakat Melayu, gotong-royong diamalkan sebagai sebahagian daripada cara hidup atau adat resam mereka. Kini, selepas kemerdekaan atau lebih tepat lagi, selepas pengwujudan Dasar Kubudayaan Kebangsaan pada tahun 1973, gotong-royong telah dimartabatkan sebagai salah satu nilai sosioekonomi kebangsaan dalam usaha pembentukan bangsa Malaysia.


  Perpaduan antara masyarakat harus kukuh untuk negara pergi lebih jauh dalam lapangan dunia moden. Lebih rumit, masyarakat di Malaysia masyarakat berbilang kaum. Maka, harus ada satu aktiviti yang berguna untuk merapatkan persefahaman antara kaum itu, dan tidak dapat dinafikan bahawa gotong-royong mampu membentuk masyarakat yang kondusif. Melalui semangat bantu-membantu dan bekerjasama membersihkan taman permainan, longkang, mahupun rumah ibadat, akan wujud rasa kekitaan yang tulen. Gotong-royong merapatkan ahli masyarakat kepada nilai-nilai murni yang suci, yang tidak ditemui di rumah malahan di pejabat. Rasa kekitaan, rasa prihatin, dan penyayang sesama individu dalam masyarakat akan membantu hasrat kerajaan untuk negara mara lebih ke depan dalam era globalisasi ini. Ini berdasarkan kesan positif gotong-royong yang sebenarnya membantu menangani gejala-gejala buruk dalam masyarakat seperti penagihan dadah dan kecurian, lebih-lebih lagi gotong-royong melibatkan penglibatan menyeluruh ahli masyarakat.
   Bak kata pepatah Melayu; “berat sama dipikul, ringan sama dijinjing”. Demikian juga tentang kerja gotong-royong ini. Semua orang mengetahui bahawa sesuatu kerja yang besar buatannya dan juga belanjanya akan menjadi enteng dan kecil kosnya jika dilakukan bersama-sama. Itulah prinsip gotong-royong. Pihak kerajaan telah menetapkan bahawa setiap penempatan warganegara di Malaysia mempunyai satu jawatankuasa khas iaitu Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan (JKK). Fungsinya untuk menjana kegiatan gotong-royong setempat, khususnya untuk kepentingan umum. Isu ini jika ditelusuri secara mendalam, banyak wang, masa, dan tenaga telah dijimatkan kerana ahli masyarakat akan bekerjasama mencapai sesuatu perkara. Contohnya, jika sesuatu tempat itu menjadi kotor kerana sampah, mereka akan bekerjasama membersihkannya dan tidak perlu membuang masa dan wang mengupah orang lain membersihkan atau terpaksa menanggung belanja perubatan kerana sakit akibat kesan jangka panjang daripada gundukan sampah yang tidak sempurna diuruskan itu. Tidak kiralah sama ada menyumbangkan derma atau tenaga untuk gotong-royong, kesan gotong-royong kepada masyarakat seluruhnya cukup bermakna baik untuk pembangunan material masyarakat mahupun pembangunan insan.


  Setelah puluhan berlalu, gotong-royong kian tandus fungsinya di kalangan masyarakat. Masyarakat masa kini nampaknya lebih individualistik dan materialistik. Mereka cukup menyendiri lalu menganggap bahawa segala apa yang berlaku di sekeliling mereka tidak akan mempengaruhi perjalanan kehidupan seharian mereka. Mereka mula mencari wang dan pangkat kononnya untuk memperoleh keselesaan dalam kehidupan.”Ada kerja, ada gaji” seakan-akan menjadi prinsip hidup masyarakat moden hari ini. Masyarakat moden kini juga kian pudar nilai-nilai kejiranannya. Ramai juga yang terlalu sibuk dengan urusan pejabat. Tidak mustahil, mereka tidak mengetahui nama jirannya apatah lagi mengenalinya dengan lebih mendalam.


  =) Walau apa pun, sesungguhnya...program seperti ini sebenarnya sangat bermanfaat serta dapat mengeratkan silaturrahim juga...jadi, sewajarnya, aktiviti seperti ini kita ikuti bersama.... "Bersama berganding bahu.....untuk mencapai impian yang satu...yang jitu.......Ukhwahhfillah...."


  wasalam..


  

KEISTIMEWAAN WANITA



  • 1. Doa perempuan lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayangnya yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah SAW akan hal itu, jawab Baginda SAW, "Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia".
  • 2. Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah malaikat untuknya. Allah SWT mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebajikan dan menghapuskan daripadanya 1,000 kejahatan.
  • 3. Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah SWT mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah SWT.
  • 4. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia daripada dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.
  • 5. Apabila lahir anak lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan susunya diberi satu kebajikan.
  • 6. Apabila semalaman ibu tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah SWT memberinya pahala seperti memerdekakan 70 hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah SWT.
  • 7. Barang siapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah SWT dan orang yang takutkan Allah SWT akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.
  • 8. Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barang siapa yang menggembirakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail.
  • 9. Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 1,000 lelaki yang soleh.
  • 10. Apabila memanggil akan engkau dua orang ibu bapamu, maka jawablah panggilan ibumu dulu.
  • 11. Syurga itu di bawah tapak kaki ibu...
*POST dari anis- TEMAN SETIA... syukran anis..

Saturday, May 1, 2010

memori persahabatan


Gambar kenangan bersama kawan-kawan form6... KASAS
Jamuan d sekolah bersama PN.ROHANA dan PN.NORIMAH


 Kenangan p lawatan kat Terengganu...bestnya..makan rambutan rami2..tp ustaz yang tolong kupaskan kulitnya..seronok betul....
 
                        Amjad,afiq,azrul,shahir,akmal,anas..yang len xnampak mana pi..hehehee..cian mereka kene       kupas sendiri..ustaz tak tolong kupas untuk mereka....hehehehhe

Friday, April 16, 2010

FINAL EXAM..

salam elaik...

  Lama juga ana tidak mencoretkan sebarang khabar atau titipan ilmu dalam blog ana ini.. Rindu juga jadinya.. =) Tapi, walau apa pun..ana tetap berasa bersyukur kerana masih diberi peluang untuk mencoretkan sesuatu pada hari ini...Alhamdulillah...

  Pertamanya, ingin ana kongsi bersama sahabat-sahabat satu petikan daripada buku.."Duhai Teman Sejati"

"SAHABAT ABADI"


Teruja aku pada kata-kata Imam al-Ghazali yang mulia:


   "Ukhwah itu bukan pada indahnyapertemuan, tapi 
pada ingatan seseorang terhadap saudaranya di dalam doa"


> kuharapkan mekar di hati ,
   agar persahabatan suci ini,
    kan terus mantap,
    menjadi syafaat terukir indah,
   di pintu Jannah!!!!

Disini juga ana ingin menitipkan jutaan ucapan terima kasih buat sahabat-sahabat yang setia disisi di saat susah dan senang...syukran jazilan..... khas buat sahabat2 yang turut sama bersengkang mata mentelaah bersama disaat semua insan lain lena dibuai mimpi.. kesanggupan kalian menghulurkan tangan kepada sahabat lain yang  memerlukan tanpa sebarang rungutan dan pengharapan sebarang balasan... semoga Tuhan membalas kebaikan yang telah kalian hulurkan dengan kebaikan yang lebih baik...amin....

"sahabat sejati sukar dicari..namun seandainya diberi peluang walau sedetik merasai kemanisan persahabatan daripada insan2 terpilih itu...ia nya juga merupakan satu kebahagiaan yang tak mungkin akan dilupai...oleh itu, hargailah nilai sebuah persahabatan yang terbina sebaiknya..."

khas buat sahabat-sahabat ku..... TEAM USUK sem2 (09/10) :-
  terutamanya : ukhti nazilah,ukhti iffah, ukhti syafahiza,akhi firdaus, akhi sabri, akhi fariqi, farahi, dan sahabat2 yang lain....

Esok merupakan permulaan FINAL EXAM.... mudah-mudahan Allah bakal mempermudahkan segala urusan kita...semoga kejayaan bakal kita perolehi setimpal dengan usaha kita....amin.... "ma'ataufiq wannajah"...

salam imtihan....

Sunday, April 4, 2010

SANDARAN HATI...

Yakinkah ku berdiri, di hempa tanpa tepi
Bolehkah aku, mendengarMU
Terkubur dalam emosi, dan tak bisa bersembunyi
Aku dan nafasku, merindukanMU

Terpuruk ku di sini, teraniaya sepi
Dan ku tau pasti, Kau menemani
Dalam hidupku, kesendirianku

Teringat ku teringat, pada janjiMU ku terikat
Hanya sekejap ku berdiri, ku lakukan sepenuh hati
Peduli ku peduli, siang dan malam yang berganti
Sedihku ini tak ada arti, jika Kaulah sandaran hati
Kaulah sandaran hati

Inikah yang Kau mau, benarkah ini jalanMU
Hanyalah Engkau, yang Ku tuju
Pegang erat tanganku, bimbing langkah kakiku
Aku hilang arah, tanpa hadirMU
Dalam gelapnya, malam hariku

Kerna Kaulah Sandaran hati

.....sIAPAkah sandaran hati kita????...REnung-renungkan...

Saturday, April 3, 2010

DUHAI TEMAN SEJATIKU...

KAU PENYELAMAT
Disaat gersang jiwaku,
Kau sirami muhasabah,
Disaat tandus amalku,
Kau suburkan qudwah,
Disaat gugur semangatku
Kau bajai quwwah.




SUSAH PAYAH BERSAMA
Tika airmataku berguguran,
Kau turut kepiluan,
Tika senyumku tak lekang,
Ku ceria berpanjangan,
Tika kesedihan bertamu,
Kau hiburkan semampumu,
Tika lemah menyapa,
Kau ingatkan janji-Nya,
Tika kejayaanku tercipta,
Kau doakan redhaNYa bersama....


UKHWAH INI DEMI CINA AGUNG-NYA
Duhai eman sejatiku..
Masihkah kau semadikan di minda?
Bahawa ukhwah yang terjalin antara kita..
Adalah cinta tulus bersulam taqwa..
Rangkaian jiwa sesama insan manusia..
Menjadi lambang keagungan cinta..
Terhadap Khaliq Maha Pencipta...


METERAI PERJANJIAN SETIA
Berjanjilah teman
Ukhwah kita terbina 
Kerana cinta padaNYA
Takkan terhalang oleh tembok minda manusia
Takkan hilang dek api yang menjulang
Takkan sirna dek kabus yang kelam
Takkan musnah dek hati yang hitam.... 


.....bakal bersabung.....
"sumber...Duhai teman sejatiku-Fatimah Syarha Mohd.Noorid"

memori Hari minggu

salam elaik...


Rindu pulak rasa da lama tidak update blog ana ni....hehehe... Hari ni seronok juga ana rasa...sebab tadi ana berkesempatan berjalan-jalan... Syukran jazilan buat roomate ana...."adinda Huda"... kerana sudi membawa ana berjalan-jalan....
Hampir seharian juga kai berkelana hari ini...banyak juga destinasi yang kami singgah....dan jengah...anataranya ;


1) Pameran Ict dan PcFAir berhampiran Mydin Mall Kuala Terengganu
2) Makan tengahari di Food coURT Mydin Mall... (Laksa Penang...lama xmakan)
3) Perpustakaan Negeri Terengganu
4) Singgah beli air jambu batu yang jadi favourite di hadapan pasaraya HKS...


Na, boleh tahan banyak juga destinasinya.....hehehe...xpe.. bukan selalu dapat keluar macam ni...
Syukran huda....memori dan kenangan hari ini tidak akan daku lupakan....

  CURAHAN RASA HATI

" Duhai teman sejatiku...
Buatmu,cebisan istimewa untukku nikilkan,
Tanda persahabatan berpintal iman,
Lantaran tidak dapat ku sembunyikan,
Apa yang melingkar dihati,
Kasihku padamu tidak terperi,
Terhampar luas tidak bertepi.." 

Friday, March 26, 2010

Gadisku.....

Khas buat sahabat-sahabat yang bergelar seorang wanita..... juga diriku...


Gadisku, sesungguhnya kejadianmu terlalu unik, tercipta dari tulang rusuk
Adam yang bengkok menghiasi taman-taman indah lantas menjadi perhatian sang
kumbang. Kau umpama sekuntum bunga, harum aromamu bias menarik sang kumbang
untuk mendekatimu. Namun...tidak semua bunga senang didekati sang kumbang
lantaran duri yg memagari diri, umpama mawar merah, dari jauh sudah terhidu
keharumannya. Penahan warnanya yg terselah indah mengundang kekaguman
kepada sang kumbang berfikir beberapa kali untuk mendekatinya.

Gadisku, aku suka sekiranya kau seperti mawar aspirasi setiap mujahadah.
Bentengilah kubu dirimu dengan perasaan malu yg bertunjangkan keimanan dan
keindahan takwa kepada Allah...hiasilah wajahmu dengan titisan wuduk.
Ingatilah ciri-ciri seorang wanita solehah ialah dia tidak melihat lelaki
dan lelaki tidak melihat kepadannya. Sesuatu yg tertutup itu lebih berharga
jika dibandingkan dengan sesuatu yg terdedah, umpama sebutir permata yg
didedahkan untuk perhatian umum dengan suatu permata yg diletakkan dalam
bekas tertutup. Sudah pasti keinginan naluri lebih kuat untuk melihat
sesuatu yg tersembunyi, melebihi sesuatu yg terdedah. Wanita solehah yg
patuh dan taat kepada AL-Khaliq dalam melayari liku-liku kehidupannya
adalah harapan setiap insan yg bernama Adam. Namun segalanya memerlukan
pengorbanan dan mujahadah yg tinggi kerana bertentangan dengan nafsu
serakah yg bersarang dalam dirimu. Lebih-lebih lagi dgn title gadis yg
engkau miliki, sudah pasti darah mudamu mencabar rasa keimanan yg ada.
Namun ingatlah gadisku...sesiapa yg inginkan kebaikan, maka Allah akan
memudahkan jalan-jalan baginya ke arah itu. Yang penting gadisku engkau
miliki azam, usaha dan istiqamah..

Gadisku, akuilah dirimu menjadi fitnah kpd kebanyakan lelaki. Seandainya
pakaian malumu kau tanggalkan dari tubuhmu, maka sudah tidak ada perisai yg
dapat membetengimu. Sesungguhnya Nabi ada mengatakan bahaya dirimu "tidak
ada suatu fitnah yang lebih besar, yg lebih bermaharajalela selepas wafatku
terhadap kaum lelaki selain fitnah yg berpunca dari kaum wanita." Oleh itu
gadisku, setiap langkah dan tindakanmu hendaklah berpaksikan Al-Quran dan
As-Sunah. Jgn biarkan sekali sesiapa mengeksploitasikan dirimu untuk
kepentingan tertentu. Sesungguhnya Allah Taala telah mengangkat martabatmu
setaraf kaum Adam. Kau harapan ummah dalam melahirkan para mujahid dan
mujahidah yg bakal menggocang dunia dgn sentuhan lembut tanganmu.

Gadisku, dalam hidupmu engkau ingin menyayangi dan disayangi. Itulah fitrah
semulajadi setiap insan, namun ramai antara kaummu yg tewas kerana
cinta....bercinta tidak salah, tetapi memuja cinta itu salah. Ini adalah
kerana, kerana cinta manusia sanggup menjual agama dan kerana cinta maruah
tergadai. Gejala murtad serta keruntuhan moral muda-mudi sebahagian
besarnya kerana cinta. Benarlah sabda Rasulullah membawa maksud,
"Sesungguhnya cinta itu buta." Cinta itu mampu membutakan mata dan hatimu
dalam membezakan perkara yg hak dan baril, jika engkau meletakkan cinta itu
atas dasar nafsu semata-mata dan bukan kerana Allah swt. Sebelum engkau
mendekati cinta, cintailah dirimu terlebih dahulu. Cintailah dirimu yg unik
itu dgn mengkaji hakikat kejadianmu yg begitu simbolik. Asal kejadian dari
setittis air yg tidak berharga, lalu mengalami proses pembentukkan yg
sempurna hasil rencana ALLAH. Semoga perasaan sebegitu dapat melahirkan
rasa keagungan dan kehebatan terhadap Allah dan dgn itu akan timbul cinta
dan kasihmu terhadap penciptamu.

Gadisku, menyintai Allah dan Rasul melebihi cinta terhadap makhluk adalah
cinta yg hakiki dan abadi...

Monday, March 22, 2010

MUHASABAH BERSAMA.....







PeRiNGaTaN BuaT DiRiKu YaNG SeRiNG LuPa (-.-)
Message: Meneliti beberapa weblog kawan-kawan, rakan taulan, sahabat-handai membuatka saya terkasima, terjanggama, tersangkasuma serta pelbagai lagi rasa tidak seksama di hati dan kurang senang di diri.

"Dan orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan, sebahagian mereka (adalah) menjadi penolong bagi sebahagian yang lain. Mereka menyuruh (mengerjakan) yang ma 'ruf, mencegah dari yang munkar" (At-Taubah: 71). Sesungguhnya perintah menundukkan pandangan merupakan satu adab, tuntutan dan perintah sunnah yang diperintah oleh Allah swt dan diajari oleh sunnah baginda salallahualaihiwasalam. Ana merasa pelik bagaimana pemilik-pemilik weblog tertentu boleh memaparkan gambar lelaki dan wanita bergambar di tepi pantai yang indah..... konon melalui satu program, baktisiswa dan pelbagai lagi.

"Janganlah kamu mendekati zina sesungguhnya zina itu satu perbuatan yang sangat keji dan seburuk-buruk jalan (dalam memenuhi fitrah)" (Al-isra : 32).

Sungguh persahabatan lelaki perempuan, memual di friendster, di Sms.ac, YM dan pelbagai lagi medan yang saya tahu dan tidak tetapi sebenarnya ianya meragukan dan dipenuhi syubhat. Tidak bersalah berkenalan, tidak bersalah apa-apa untuk seorang lelaki menjemput seorang muslimah menyertai rangkaian "friendster"nya atau apa....

Namun menjadi kesalahan bagi seorang muslim yang beriman dengan Allah dan rasul serta mengakui menuruti perintah Al-Qur'an dan sunnah untuk memaparkan gambar-gambar wanita dan lelaki sekalipun bertudung tetapi bercampur dalam sebuah gambar dengan tanpa keperluan yang mustahak dan darurat.

"Wahai orang-orang yang beriman janganlah kamu mengharamkan apa yang baik yang dihalalkan oleh Allah kepada kamu dan janganlah kamu melampaui batas sesungguhnya Allah tidak suka kepada golongan yang melampaui batas" (Al-Maidah : 87).

Apakah kepentingan dan manfaat seorang yang beriman kepada Allah swt memaparkan gambar rakan-rakan kenalan wanitanya dalam weblog,
friendster dan lain-lain sekiranya dia seorang yang muslim ?

"Dan katakanlah kepada lelaki yang beriman: "Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan memelihara kemaluan-nya" (An-Nur: 30).

"Dan katakanlah kepada wanita yang beriman: "Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan memelihara kemaluan-nya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak daripadanya" (An-Nur: 31).


Lalu menulis di bawahnya " rehlah ke pantai" atau " kami berposing dengan gembira" apakah ini adab dan teladan sunnah rasulullah salallahualaihiwasalam? Sekalipun pada zaman baginda rasulullah tiada kamera digital dan kamera manual tetapi tentu kita tahu bahawa sekiranya wujud kamera pun pada zaman nabi salallahualaihiwasalam para sahabat ra dan rasulullah tidak akan berpossing-possing
bercampur lelaki dan perempuan dalam satu gambar !!!

Sedangkan baginda pernah menyebut : "Sesungguhnya wanita itu adalah aurat, maka apabila dia keluar (dari rumah) , syaitan akan menghiasinya" (Dikeluarkan oleh Al Bazzar dan At Tirmidzi dan dishahihkan oleh Asy Syaikh Al Albani dalam Irwaul Ghalil jilid I).

" Sesunnguhnya nafsu itu sentiasa mengarah kepada kejahatan…" (Yusof : 53).

Baginda rasul pernah mengatakan : "Sesungguhnya tidaklah datang malu melainkan membawa kebaikan" (hadith sahih riwayat Bukhari no 6117 dan Muslim no 37).

Apakah mungkin sahabat ra akan berpossing bertangkap gambar dengan sahabat wanita ra dengan alasan mereka bergambar kenangan kononnya "ukhuwahfillah" di tepi pantai yang indah atau di hutan peranginan kawasan rekreasi ?

"Dan sesungguhnya pada peribadi rasulullah itu sebagai contoh teladan yang terbaik." (Surah Al-Ahzab : 21).
Astaghfirullah... sekalipun ana ini dianggap kolot tetapi ana merasakan perlulah menegur sahabat-sahabat dan kenalan saya yang terlalu sangat modennya dan bebas pergaulannya.
Kita perlu sedar, perbuatan bersosial lelaki perempuan tanpa batasan sangat ketara bertentangan dengan perintah daripada Al-Qur'an dan sunnah dan hendaklah kita berusaha menjaga diri dari maksiat.
Tidak haram perempuan muslimah memaparkan gambarnya yang menutup aurat dan gambar- gambar bersama kawan-kawan perempuannya sekalipun hukumnya makruh dan dibenci serta boleh jatuh
haram apabila mengundang fitnah tetapi apabila dia memaparkan gambar dirinya (wanita) dengan kawan-kawan lelakinya maka ianya sudah jadi salah dan seolah-olah umat Islam ini sama sahaja seperti barat yang biasa bergambar lelaki perempuan kawan kenalan cuma hanya
tudung yang membezakan.



Hubungan Bebas Lelaki Dan Wanita

Sesungguhnya syariat Islam membataskan perhubungan lelaki dan wanita dalam apa jua keadaan yang tiada keperluan dan hendaklah hubungan itu berlangsung dengan menuruti syariat dan membawa manfaat bukan mudharat.

Terlalu bebas hubungan lelaki perempuan baik dalam ruangan chat di yahoo mesengger, di dalam mirc dan juga di dalam ruangan-ruangan agama yang merapu dan mengarut.

" Sesunnguhnya nafsu itu sentiasa mengarah kepada kejahatan…" (Yusof : 53).

Kita lihat dalam group-group dan ruangan agama yang dibangunkan secara portal banyak mengarut sekalipun mengunakan nama-nama agama dan arab tetapi dalamnya lelaki dan perempuan bebas mengarut dan bermaksiat dan merapu dan berkenalan dan bersosial seolah-olah seperti barat cuma di atas namakan agama.

eida (bukan nama sebenar) : Hai..apa kaba ? cihat x ? i just visit ur blog...nice i like it... ukhuwahfillah...bila leh jumpe tuan punya blog
( lelaki) : baik....u pulak jaga diri yee...Ukhuwah Fillah !

Apabila saya membaca tulisan di atas dalam ruangan chit chat di blog-blog dan juga seringkali menemui percakapan bodoh, kosong seperti ini dalam
ruangan-ruangan agama maka saya merasa sedih dan terkilan dengan budaya Islam di Malaysia yang sudah mengarut.

Rasulullah Shalallahu `alaihi wassalam bersabda : "Aku melihat ke dalam syurga maka aku melihat kebanyakan penduduknya adalah fuqara (orang-
orang fakir) dan aku melihat ke dalam neraka maka aku menyaksikan kebanyakkan penduduknya adalah wanita"
(Hadith riwayat Bukhari dan Muslim dari Ibnu Abbas dan Imran serta selain keduanya).

Dari Imran bin Husain dia berkata, Nabi Shalallahu`alaihi wassalam bersabda : "Sesungguhnya penduduk syurga yang paling sedikit adalah wanita." (hadith riwayat Muslim dan Ahmad).

Imam Qurthubi rahimahullah mengulas hadits di atas dengan pernyataannya : "Penyebab sedikitnya kaum wanita yang masuk syurga adalah hawa nafsu yang mendominasi pada diri mereka, kecondongan mereka kepada kesenangan-kesenangan dunia, dan berpaling dari
akhirat kerana kurangnya akal mereka dan mudahnya mereka untuk tertipu dengan kesenangan- kesenangan dunia yang menyebabkan mereka lemah untuk beramal.
Kemudian mereka juga sebab yang paling kuat untuk memalingkan kaum lelaki dari akhirat disebabkan adanya hawa nafsu dalam diri mereka, kebanyakan dari mereka memalingkan diri-diri mereka dan selain mereka dari akhirat, cepat tertipu jika diajak kepada penyelewengan terhadap agama dan sulit menerima jika diajak kepada akhirat."
(Jahannam Ahwaluha wa Ahluha halaman 29-30 dan At Tadzkirah halaman 369).

Apalah gunanya ada jemaah-jemaah dan gerakan sofwah Islamiyah sekiranya mereka dengan gerakan-gerakan dan persatuan-persatuan ini lebih merosakan dan mencampurkan anak-anak muda lelaki dan perempuan dengan mengatas namakan agama ??
Muslimat tudung labuh konon menjaga diri tetapi boleh pula bergambar senyum manis dengan rakan-rakan lelaki yang berkopiah merah, putih dan kopiah raihan konon "ukhuwah Islamiyah" sedangkan Islam bukanlah demikian dan pemikiran umat Islam Malaysia sudah melampaui batasan.

Segala puji hanyalah bagi Allah swt dan dalam kesakitan dan kesihatan yang merosot dan diri yang lemah ini saya memanjatkan rayuan kepada umat Islam kembalilah kepada sunnah Rasulullah salallahualaihiwasalam.

Pesanan buat muslimah, hentikanlah kata-kata mengedik-gedik, terhegeh-hegeh, mengatal tak tentu hala dan jadilah muslimah solehah yang menjaga diri, cakapan dan tulisan serta perangai.

Bagi muslimin, hendaklah menjaga diri dengan iman dan ilmu serta akhlak yang soleh dan mentaati perintah Allah dan rasul-Nya, usahakan menghindari fitnah wanita dan godaan percampuran bebas kerana lelaki yang soleh ialah yang menjaga dirinya dari maksiat kepada Allah swt.

Sabda baginda rasulullah : " Tujuh golongan yang akan dinaungi oleh Allah swt di hari tiada naungan (perlindungan) selain dari perlindungan
Allah...pemuda yang hidup dalam ibadah kepada Allah (jauh dari maksiat) ....pemuda yang apabila digoda oleh wanita yang cantik dan berkedudukan untuk melakukan maksiat lalu berkata : Sesungguhnya aku takut kepada Allah..." ( Hadith sahih riwayat Bukhari dan Muslim).

Katakanlah wahai muslimin sejati, salafi dan sunni dan hakiki dan umat Nabi Salallahualaihiwasalam apabila kamu di goda oleh muslimat- muslimat dengan menerima kehadiran mereka tanpa diundang dalam
hidup kamu dengan berkata "Sesungguhnya aku takut kepada Allah".

Segala puji hanyalah bagi Allah swt, semoga Allah menerima diri saya di sisinya dan kepadanyalah aku kembali...



Sakit ini satu nikmat
Kerananya kita menyedari akan perihal rahmat
Hikmah yang tersembunyi di dalam langit tinggi
Hanya pemilik langit dan bumi yang mengetahui
Kesembuhan itu aku tidak ingini
Keredhaan itulah yang aku dambai







jutaan TERIMA KASIH ingin ana ucapkan khas buat seorang sahabat dan saudara ana yang sentiasa bermurah hati dan tidak lokek untuk berkongsi ilmu yang dimilikinya bersama ana dan teman-teman ana....syukran jazilan...

Sunday, March 21, 2010

tazkirah wat tatapan bersama...


bila terbenamnya matahari yang menyinari..

Bismillah.. salah satu tanda hampirnya tiba hari kiamat ialah ilmu akan diangkat oleh Allah s.w.t. ianya tak akan hilang dengan sendirinya, bahkan orang yang memiliki ilmu itulah yang akan diangkat dengan ilmu-ilmunya. apabila matinya ulamak, maka dengan sendirinya ilmu dan kepakaran yang dimilikinya akan hilang serta merta.

pemergiannya tiada yang menangisi.. inilah hakikat dunia yang diselubungi kejahilan, kerna dia bukan seorang P. Ramli, bukan juga seorang Mokhtar Dahari, kerna dia hanya seorang ulamak.. tanpa kita sedari, seorang demi seorang daripada mereka telah meninggalkan kita.

bila perginya tanpa ada yang mewarisi.. berkuranganlah mereka yang betul-betul menguasai ilmu-ilmu agama, hilangnya tempat rujukan yang menjadi sumber fatwa. di sini akan kita lihat al-Quran ditafsir mengikut hawa nafsu, kerna ulamak yang tinggal tidak menguasai ilmu secara total dan rela mengikut telunjuk pemerintah yang cuba menjauhkan kita daripada ajaran Islam yang sebenar.

kita juga dapat melihat dengan jelas bertapa kurangnya orang yang ingin mendalami ilmu agama.. dan yang sangat menyedihkan kita adalah hanya sedikit daripada mereka ini yang betul-betul berani mendekati masyarakat dan memperbetulkan setiap kesilapan dan kesalahan yang mereka lakukan, di mana ada antaranya sengaja lari dan mendiamkan diri hingga mematikan setiap ilmu yang telah dimiliki dan dikaji selama ini. mereka inilah yang merugikan masyarakat dan diri mereka sendiri. wallahua'lam..



.........sumber diambil daripada "akhi nasir"..(nasirdamanhour.blogspot.com)

Sunday, March 14, 2010

haDiah TERbaik dan terburuk

salam elaik...

Alhamdulillah dapat lagi kita bertemu untuk kali ini.... Apa yang anda faham akan hadiah yang terbaik dan hadiah yang terburuk ???Em, sesungguhnya setiap individu memiliki pandangan dan perspektif yang tersendiri berkaitan dengan kedudukan hadiah tersebut... Tetapi, kebiasaannya manusia akan lebih cenderung untuk menilai sesuatu hadiah yang terbaik itu adalah lebih berbentuk meterial... Nah..pada kali ini mari kita sama-sama melihat kepada sebuah kisah teladan berkenaan hadiah yang Baik dan Hadiah yang Buruk...


Hadiah Terbaik Dan Terburuk

Seorang ibu yang dermawan telah menghadiahkan seekor kambing kepada Luqman al-Hakim.

Ibu itu berpesan, “Sembelihlah kambing ini dan berikan saya bahagian yang terburuk daripadanya untuk saya makan.”

Setelah disembelih, Luqman mengirim hati dan lidah kambing kepada ibu itu.

Beberapa hari kemudian, ibu itu sekali lagi menghadiahkan seekor kambing. Kali ini dia berpesan agar dikirimkan bahagian yang terbaik daripada kambing itu.

Setelah kambing disembelih, Luqman mengirim hati dan lidah juga kepada ibu yang dermawan itu.

“Kenapakah tuan mengirimkan kepada saya lidah dan hati ketika saya meminta bahagian yang terburuk, dan dikirimkan bahagian yang sama ketika saya memesankan bahagian yang terbaik?” tanya ibu tersebut kepada Luqman.

Luqman menjawab, “Hati dan lidah amatlah baik ketika ia baik dan menjadi buruk apabila keduanya buruk.”

Mendengar jawapan tersebut, mengertilah ibu itu akan maksud Luqman. Hati dan lidah itu adalah tunjang segala kebaikan dan juga ibu kejahatan serta keburukan.


*semoga melalui kisah diatas kita dapat mengambil walau sedikit iktibar atau pengajaran....Semoga sentiasa berada dalam Rahmat dan RedhaNYA.....

SALAM UKHWAH...

salam elaik



Keimanan Fatimah Menundukkan Ego Umar

“Aku hendak beritahu satu berita yang mengejutkan. Adikmu, Fatimah dan suaminya, Said bin Zaid, sudah memeluk Islam," kata lelaki itu.

Umar abin al-Khattab terkejut besar mendengar berita itu. Dia menjadi malu, sedih dan marah. Tanpa bersuara sepatah pun, dia meluru ke rumah Fatimah. Ketika itu, Fatimah dan suaminya sedang belajar mengaji al-Quran bersama seorang lagi sahabat mereka, Khabbab al-Arati. Dia mengetuk pintu dengan keras sehingga menimbulkan kebimbangan kepada seisi rumah.

“Aku Umar. Buka pintu!!” kata Umar dengan keras.

Khabbab ialah orang pertama yang lari menyembunyikan diri. Fatimah dan Said menjadi pucat. Mereka amat memahami sikap Umar yang amat memusuhi Islam ketika itu. Dia sanggup melakukan apa sahaja untuk menghukum orang yang mengkhianati agama nenek moyang mereka. Walau bagaimanapun, Fatimah memberanikan diri membuka pintu. Umar menerpa dengan muka garang.

“Aku mendengar kamu membaca sesuatu.”

“Apa yang kamu dengar? Kami tidak membaca apa-apa,” kata Fatimah. Dia sudah menyembunyikan mushaf yang mengandungi tulisan-tulisan ayat al-Quran. Tetapi dia bimbang jika abangnya itu berjaya merampas mushaf itu.

"Aku dengar apa yang kamu baca. Aku tahu kamu sudah menganut agama Muhammad," herdik Umar.

Lantas Umar mencekak leher Said dan mahu memukulnya. Fatimah cuba mempertahankan suaminya. Pukulan Umar tidak mengena Said, sebaliknya tersasar ke arah Fatimah sehingga terkoyak kulit dahinya.

“Ya, kami sudah memeluk Islam. Kami percaya kepada Allah dan Rasul-Nya. Apa yang kamu nak buat, buatlah!!” jerit Fatimah dengan darah yang bercucuran di dahi. Melihat keadaan itu, Umar di serang perasaan kesal. Dia merasa kasihan kepada adiknya. Secara tiba-tiba dia berubah menjadi lembut.

“Berikan kepadaku mushaf yang kamu baca. Aku berjanji tidak melakukan apa-apa. Aku hanya ingin mengetahui apa yang dibawa oleh Muhammad.”

Fatimah teragak-agak tetapi Umar cuba meyakinkan. “Jangan takut, aku bersumpah dengan Tuhan Muhammad. Aku akan kembalikan mushaf itu selepas membacanya."
Fatimah merasa terharu dengan keikhlasan Umar. Dia amat mengenali sikap abangnya sendiri dan jauh di sudut hati, dia tahu Umar akan mengotakan janjinya.

Fatimah menjawab, “Saudaraku Umar, kau masih najis kerana syirikmu. Al-Quran itu tidak boleh disentuh melainkan oleh orang yang suci.”

Fatimah menyuruh Umar mandi. Selepas itu, barulah mushaf itu diserahkan kepadanya. Umar menerimanya dengan penuh minat, lantas membaca ayat dari Surah Taha. Selepas menghabiskan bacaannya, spontan terkeluar dari bibir Umar, “Alangkah indahnya ayat ini!”

Khabbab yang masih menyembunyikan diri dalam kediaman Fatimah keluar ketika mendengar pengakuan Umar.

“Umar, demi Allah, aku pernah mendengar Muhammad berdoa, ‘Ya Allah, bantulah Islam dengan Abul Hakam Hisyam atau Umar al-Khattab.’ Cepatlah Umar, segera dapatkan Muhammad!”

Umar mendesak Khabbab membawanya bertemu Muhammad. Fatimah mendengar dengan hati penuh syukur. Dia tidak menyangka abangnya yang keras hati itu akan terbuka menerima Islam. Umar menuju ke sebuah rumah berdekatan Bukit Saffa, tempat Nabi Muhammad mengajar agama kepada rakan-rakannya.

Seorang sahabat didalam rumah itu mengintai di lubang pintu ketika mendengar ketukan. Dia sangat terperanjat apabila melihat Umar berdiri di depan pintu dengan sebilah pedang. Sahabat itu segera memberitahu Muhammad, tetapi bapa saudara Nabi, Hamzah Abdul Mutalib menjawab, “Wahai Muhammad, biarkan Umar masuk. Kalau dia mahukan yang baik, kita berikan yang baik. Kalau niatnya jahat, kami akan membunuhnya dengan pedangnya sendiri.”

Nabi Muhammad kelihatan sangat tenang. Dalam hatinya, terdetik doa yang pernah dipohonnya dulu. Kini Umar datang sendiri tanpa perlu sesiapapun memujuknya. Dia menyuruh orang membuka pintu dan Umar dipelawa masuk.

Sebaik saja Umar masuk, Nabi Muhammad bangun menyambutnya lantas menuju ke sebuah bilik. Nabi melepaskan kain serbannya ke tubuh Umar dan merentapnya dengan kuat.

“Apakah yang menyebakan kamu ke sini? Demi Allah, aku takut kamu tidak insaf sehinggalah Allah menurunkan bencana ke atasmu!”

“Wahai Muhammad, aku datang untuk beriman kepada Allah dan Rasul-Nya,” Umar membalas.

Muhammad terus bertakbir sebaik sahaja mendengar pengakuan itu. Doanya sebelum ini akhirnya termakbul. Seluruh masyarakat Islam yang masih kecil bilangannya ketika itu, bersyukur dan sangat mengalu-alukan kedatangan Umar ke dalam Islam. Pengislaman Umar bermakna Islam yang baru mendapat tempat, akan bertambah kukuh dan gagah.

Seluruh masyarakat Islam menyanjungi Fatimah sebagai orang yang bertanggungjawab membawa nur Islam ke dalam diri Umar. Dia terus diingati sebagai srikandi yang cekal, pendakwah yang berani, yang berjaya menundukkan kedegilan, keegoan dan hati batu Umar al-Khattab.

Thursday, March 11, 2010

allahu akbar....

Allahuakbar…

If you ask me about Allah
And what I know about it
I’ll answer will be .....

It’s everything about Allah
The pure love to our soul
Who have created you and me,
The heaven and whole universe
The One that made us hold and free
The Guardian of His True believers

So when the time gets hard
There’s no way to turn
As He promises to you
He’ll always be there
To bless us with His love and His mercy coz
As He promises to you
He’ll always be there

He’s always watching us, guiding us
And He knows what’s in our little heart
So when you lose your way to Allah
You should turn
As He promises to you He’ll always be there ...

Could bring the sun from the darkness
Into the light
Subhanallah
Capable of everything
Should never feel afraid of anything
As long as we follow His guidance
All the way through a short time
We have in this life
Soon it’ll all be over
And we’ll be in His heaven
And we’ll all be fined

So when the time gets hard
There’s no way to turn
As He promises to you
He’ll always be there
To bless us with His love and His mercy coz
As He promises to you
He’ll always be there
He’s always watching us, guiding us
And He knows what’s in our little Heart
So when you lose your way to Allah
You should turn
As He promises to you He’ll always be there

Allahuakbar

* Insya ALLAH *


Insya Allah
by:Maher Zain
Everytime, you feel like you cannot go on
You feel so lost
That you’re so alone
All you is see is night
And darkness all around
You feel so helpless
You can’t see which way to go
Don’t despair and never loose hope
Cause Allah is always by your side
Insya Allah… Insya Allah… Insya Allah..
Insya Allah you`ll find your way
Everytime you can make one more mistake
You feel you can’t repent
And that its way too late
Your’re so confused, wrong decisions you have made
Haunt your mind and your heart is full of shame
Don’t despair and never loose hope
Cause Allah is always by your side
Insya Allah… Insya Allah… Insya Allah..
Insya Allah you’ll find your way
Insya Allah… Insya Allah… Insya Allah..
Insya Allah you’ll find your way
Turn to Allah
He’s never far away
Put your trust in Him
Raise your hands and pray
Ooo Ya Allah
Guide my steps don’t let me go astray
You’re the only one that showed me the way,
Showed me the way… Showed me the way…
Insya Allah… Insya Allah… Insya Allah..
Insya Allah we`ll find the way
Insya Allah… Insya Allah… Insya Allah..
Insya Allah we`ll find the way
sekali ana dengar lagu ni sungguh menyentuh hati dan perasaan ana..kadang-kala ana lupe Allah Maha Megetahui apa yang Dia timpakan untuk kita.. pahit ditelan diganti ngan manisnya hikmah..itulah hakikat ujian sebenarnya kan? ana sudah memiliki lagu-lagu maher zain .. ana suka lirik-lirik lagu maher zain.. jom hayati!!=) Ya Allah, tuntunilah setiap langkah kami..semoga kami mendapat RahmatMu... hasbiyallaha wani'mal wakil... 

nk download mp3? klik sini 
Isteri-isteri Rasulullah :

Khadijah binti Khuwailid r.a.
Saudah binti Zum'ah r.a.
Aisyah binti Abu Bakar r.a.                              
Hafsah binti Omar Al-Khattab r.a.
Zainab bin Jahsyin r.a.
Zainab binti Khuzaimah r.a.
Ummu Salamah (Hindon binti Abi Umaiyah) r.a.
Ummu Habibah (Ramlah binti Abi Sufian) r.a.
Juwairiyah binti Al-Harith r.a.
Maimunah binti Al-Harith
Safiah binti Hoiyi bin Ahtab r.a.
Mariyah Al-Qibtiyah

Hanya seorang sahaja isteri Rasulullah yang gadis ketika berkahwin dengan baginda iaitu Aisyah binti Abu Bakar Al-Siddiq.
Manakala yang lainnya adalah janda atau balu yang kematian suami.

Anak-anak Rasulullah dengan Khadijah :
Al-Qasim
Abdullah
Ibrahim
Zainab
Ruqaiyah
Ummu Kalthum
Fatimah

Anak Rasulullah dengan Mariyah Al-Qibtiyah :
Ibrahim

Dipetik dari buku soal jawab berkaitan Rasullulah
oleh Hj Ahmad bin Haji Awang

penyejuk hati