flauting background

Showing posts with label SELUAS LAUTAN. Show all posts
Showing posts with label SELUAS LAUTAN. Show all posts

Monday, July 25, 2011

kaedah BERSALIN DALAM aIR

Assalamualaikum....

 Pada entry kali ini ana ingin berkongsi bersama sahabat2 berkenaan kaedah bersalin dalam air yang telah ana baca sebentar tadi... Unik dan buat pertama kalinya ana mendengar perihal kaedah bersalin ini.


Mungkin, ada yang telah pun mengetahui perihal kaedah ini sebelum ini, namun, ana masih berharap entry ini dapat memberi maklumat baru buat yang belum pernah mendengar perihal kaedah ini sebelum ini seperti ana..

Sejauh mana keberkesanannya?? Dan sejauhmana ianya dapat diterima olehmasyarakat kita ?? Mari kita sama-sama terlebih dahulu membaca entry ini..... "Selamat membaca..."

Alternatif kaedah bersalin : bersalin dalam air

Masih tiada tanda-tanda akan bersalin, debaran dan kerisauan tu makin terasa, kalau boleh
 tak nak tambah hari dan tak nak dipaksa bersalin, harap hujung minggu ni baby dah
bersedia untuk keluar berjumpa kakak dan abangnya. :)


Sambil-sambil menunggu bila la tanda-tanda hendak bersalin ni datang, saje jer la cari 
info berkaitan bersalin atau melahirkan ni. Salah satu cara alternatif kepada kaedah bersalin 
normal yang menarik minat ana untuk kongsi info dengan sahabat-sahabat ialah, kaedah 
bersalin dalam air. Ada yang berminat?



Kaedah bersalin dalam air ni dah lama dipraktikkan bermula dari tahun 1960an lagi. Cuma
di Malaysia ni jer kaedah ni tak dipraktikkan. Kalau ada pun boleh dibilang dengan jari dan
 rasanya bukan orang kita tapi warga asing dari eropah atau US yang menetap di sini.
Menurut pakar perbidanan yang mengkaji kaedah bersalin dalam air, penggunaan
kolam bersalin dapat mengurangkan rasa sakit bersalin. Bagi yang telah menggunakan
 kaedah ini juga mengakui bersalin dalam air lebih merehatkan dan umpama spa yang
memberi kelegaan serta ketenangan fikiran.


Untuk bersalin di dalam air, seorang ibu perlukan kolam dengan air dengan 
suhu bilik 37 darjah Celsius, tidak terlalu sejuk dan tidak pula terlalu panas. Kondisi dan 
tahap kesihatan seorang ibu pula mestilah sihat, tidak mempunyai penyakit lain seperti
 tekanan darah tinggi atau kencing manis.



Ibu juga bebas untuk memilih cara paling selesa untuk bersalin dan tubuh mereka akan berasa ringan kerana apungan air. Jadi mereka boleh bertinggung, melutut dan sebagainya mengikut keselesaan mereka ketika waktu bersalin. Malah, suami juga boleh turut sama berada di dalam kolam untuk memberi sokongan kepada si isteri.



Ramai yang bertanggapan bahawa kemungkinan bayi yang dilahirkan akan lemas di 
dalam air. Tanggapan tersebut salah kerana bayi yang baru dilahirkan tidak akan bernafas 
untuk beberapa saat. Ketika itu bayi pun akan terus disambut oleh bidan atau doktor.



Bagi yang menganggap geli kerana kolam akan berlumuran darah juga perlu membetulkan
 tanggapan tersebut kerana darah ibu hanya akan keluar selepas uri dikeluarkan sahaja. 
Air di dalam kolam bersalin akan bersih sahaja dan uri ibu biasanya akan dikeluarkan oleh
 bidan atau doktor selepas dia keluar dari kolam.



Untuk lebih keterangan boleh baca kat sini.

Wednesday, January 5, 2011

titipan kalbu..


salam elaik...
Alhamdulillah masih diberi kesempatan lagi mencoretkan sesuatu dalam ruangan blog ana ini...

"Imam Hassan Al-Banna: Perempuan menggoyang hayunan dengan tangan kanannya dan menggoncang dunia dengan tangan kirinya. Ketenteraman, ketenangan dan perlindungan, itulah kata tepat untuk menggambarkan antara lelaki dan perempuan."

Adakah kehidupan yang kita lalui sehari-hari ini adalah kehidupan yang bahagia???
Apakah erti bahagia???
sesungguhnya bahagia adalah impian semua insan. Namun ramai antara kita yang tersilap mentafsir bahagia. ada yang mengatakan mereka bahagia memiliki keluarga yang besar, ada pula yang mengatakan mereka akan bahagia apabila mereka memiliki pasangan yang serasi dengan mereka dan ada juga yang mengatakan bahawa mereka bahagia apabila berjaya memiliki eset kekayaan yang melimpah ruah...namun, ringkasnya makna kebahagia yang sebenar adalah terletak pada diri masing-masing. Kita mungkin merasa tidak bahagia, namun orang lain melihat dan merasakan kita sedang bahagia. makna kebahagiaan sesungguhnya telah banyak dihuraikan oleh pelbagai prinsip ilmu, namun apa yang pasti, semuanya memandang kebahagiaan  sebagai sesuatu yang positif dalam hidup dan harus seharusnya dirasai oleh semua insan.

Raihlah kebahagiaan sejati walau dimana kita berada dan walau siapa pun kita. Yang penting kebahagiaan itu, biarlah bukan kebahagiaan yang bukan hanya membahagiakan diri kita sendiri sahaja, bahkan turut memberikan kebahagiaan kepada insan lain juga. Janganlah kebahagiaan itu mengancam, mengganggu dan menyusahkan orang lain. Capailah kebahagiaan sejati dan abadi sebagaimana yag dituntut oleh Islam... 


SEKIAN DAHULU...WASALAM...

Saturday, February 27, 2010

10 Tabiat yang menyebabkan Kerosakan Otak



1. Tidak mengambil sarapan pagi
Apabila seseorang tidak mengambil sarapan pagi, paras gula dalam darah akan menjadi rendah. Ini akan mengakibatkan kekurangan bekalan nutrisipada otak dan menjadikannya kurang aktif.

2. Terlebih makan
Ia akan membebankan pembuluh darah otak dan mengurangkan kuasa mental otak.

3. Perokok
Asap rokok akan mengakibatkan sel-sel otak terjejas atau terbakar dan boleh menga kibatkan penyakit 'Alzheimer'.

4. Penggunaan gula yang berlebihan
Pengambilan gula secara berlebihan akan mengganggu penyerapan protein dan nutrisi. Selain daripada itu, ia akan mengganggu perkembangan otak yang sihat.

5. Pencemaran udara
Otak adalah pengguna oksigen terbesar dalam badan manusia. Pencemaran udara boleh menyebabkan pengurangan bekalan oksigen ke otak dan keaktifan otak.

6. Terlebih tidur
Tidur adalah bagus untuk merehatkan otak tetapi masa tidur yang panjang boleh mengakibatkan sel-sel otak kita mati.


7. Menutup muka ketika tidur
Tidur sambil menutup muka akan mengakibatkan otak menerima lebih banyak karbon dioksida berbanding oksigen dan ini akan membawa kerosakan kepada otak.

8. Membiarkan otak bekerja semasa kita berada di dalam keadaan kurang sihat
Bekerja semasa anda kurang sihat boleh mengurangkan keberkesanan otak dan juga membawa kerosakan kepada sel-sel otak.

9. Kurang berimiginasi
Berfikir adalah satu cara terbaik untuk melatih otak kita. Kurangnya berimiginasi boleh menyebabkan tahap kecerdasan/keaktifan otak menurun.

10. Jarang berfikir
Jarang berfikir akan menyebabkan otak kita kurang aktif. Oleh itu, perbincangan yang membina boleh menambah keberkesanan kecerdasan otak kita.






"Na...pas ni marilah kita sama-sama elak kan mana yang termampu ya.......mudah-mudahan ianya dapat membantu kita memelihara otak kita dari tercedera..."

Friday, February 26, 2010

Berkatkah ilmu kita?

salam elaik.....


Di sini ana ingin berkongsi satu tajuk bersama sahabat-sahabat sekalia......
Na, ini tajuknya........."Berkatkah ilmu kita?"  em, kebiasaannya jarang sekali kita terfikir berkaitan perkara tersebut..".Keberkatan..."  Sejauh mana dapat kita faham dan tahu nilai sebenar perkataan "Berkat " @ "Barakah" berkenaan.....?
Jadi, dalam coreta kali ini...ana ingin berkongsi sedikit ilmu bersama sahabat-sahabat...


Anda akan mendapati sebahagian manusia telah dikurniakan oleh Allah ilmu yg luas, namun masih kelihatan seperti orang yg ‘buta huruf’, tidak nampak pengaruh ilmu itu pada dirinya, tidak juga didalam ibadah2nya. tidak didalam akhlaknya, tidak didalam perilakunya, dan tidak pula didalam pergaulannya di antara sesama manusia. Terkadang ia menyalah gunakan ilmu tersebut untuk lebih membanggakan diri dihadapan hamba2 Allah, merasa tinggi dan merendahkan mereka. Dia tidak menyedari bahawasanya yg telah mengurniakan ilmu kepadanya adalah Allah ‘azzawajalla, dan sungguh jika Allah berkehendak, nescahaya akan menjadikannnya seperti layaknya orang yang jahil.

Anda akan mendapati, bahawa Allah telah mengurniakan kepadanya ilmu, akan tetapi manusia tidak dapat mengambil manfaat daripada ilmunya, baik melalui pengajaran, pengarahan atau nasihat, dan tidak juga melalui tulisan. Bahkan ilmunya hanya terbatas untuk dirinya sendiri. Allah tidak memberkahinya didalam ilmu itu, dan tidak diragukan lagi, ini bererti hilangnya kurnia yang besar. Padahal ilmu itu merupakan pemberian Allah subhanahuwata’ala yg paling membawa berkat bg seorang hamba, sebab ilmu itu jika engkau ajarkan kepada orang lain dan engkau sebarkan di tengah masyarakat, maka engkau akan mendapatkan pahala atas itu semua dari beberapa sisi, iaitu:

1) Bahawa dengan menyebarkan ilmu yang Anda miliki bererti
Anda telah menyebarkan agama Allah ‘azzawajalla, sehingga Anda termasuk dari para mujahidin. Seorang Muslim yg berjihad di jalan Allah, dia telah menakluk negeri demi negeri hingga tersebarlah agama Allah di wilayah itu. Adapun Anda adalah pembuka hati2 yg tertutup melalui ilmu Anda tersebut, sehingga syari’at Allah ‘azzawajalla menyebar luas.

2) Di antara keberkatan dari penyebaran ilmu dan pengajarannya adalah
bahawa dalam penyebaran ilmu tersirat penjagaan terhadap syaria’at Allah dan perlindungan terhadapnya. Tanpa ditunjang dgn ilmu, maka syari’atnya ini tidak akan terjaga, syari’at ini terjaga denagn perantaraan mereka yg Allah kurniakan petunjuk berupa ilmu yg bermanfat. Apabila Anda telah menyebarkan ilmu itu, dan masyarakatpun mudah mengambil manfaat darinya, maka penjagaan terhadap syria’at Allah dan pemeliharaannya akan terlaksana (dengan baik).
3) Dengan menyebarkan ilmu bererti
Anda berbuat baik kepada orang yg telah Anda ajari (ilmu). sebab Anda telah menjadikannya mengerti terhadap agama. Apabila orang itu beribadat kepada Allah dgn bashirah (ilmu yg benar), maka Anda akan mendapat pahala seperti pahala yg dia dapat. Kerana Andalah yg telah menunjukkannya kepada kebaikkan itu, sedangkan orang yg menunjukkan kepada sesuatu kebaikan, maka ia seperti pelakunya. Jadi ilmu yg disebarluaskan merupakan kebaikkan dan keberkatan bagi penyebar dan penerimanya.

4) Sesungguhnya dengan menyebarkan ilmu dan mengajarkannya,
seseorang akan bertambah ilmunya. Ilmu seseorang akan bertambah dengan diajarkan org lain, sebab ia akan mengingat kembali apa yg telah dihafalnya dan ia merupakan pembuka bagi ilmu yg belum dihafal. Betapa bnyk manfaat yg diperoleh seorang ‘alim(guru) dari para muridnya, mereka terkadang datang mengemukakan makna2 yg tidak pernah terlintas di dalam benaknya, sehingga ia dapat mengambil manfaat daripada muridnya. Padahal dia adalah pengajar mereka dan ini merupakan suatu kenyataan.

Oleh kerana itu, selayaknya bagi para pengajar, bila ia mengambil manfaat dari muridnya, dan muridnya menemukan ilmu, hendaklah ia selalu memotivasikan murid tersebut, dan mengucapkan ribuan terimakasih kepadanya. Jangan seperti anggapan sebahagian orang bahawawsanya jika seorang murid telah menemukan dan menjelaskan ilmu yg belum diketahuinya, seorang guru merasa tersinggung sambil mengatakan:” Ini anak hingusan yg mengajar orang dewasa,” sehingga dia(murid) tersinggung dan berusaha menghindarkan dirinya unutuk berdiskusi dengannya. Dia khuatir anak itu akan menyebabkannya ke dalam masalah yg belum diketahui. Ini merupakan sikap yg bersumberkan dari keterbatasan ilmu dan akalnya.

Sebab apabila Allah telah menganugerahkan kepada Anda muid2 yg mengingatkan persoalan yang Anda lupa, dan merekapun membukakan untuk Anda ilmu yg belum Anda ketahui, maka hal itu merupakan sebahagian daripada nikmat Allah. Dan inilah buah dari pada penyebaran ilmu yg akan terus bertambah jika Anda mengajarkannya. Sebagaimana ungkapan seorang yg membandingkan antara ilmu dan harta, ia berkata mengenai ilmu:

(ilmu) akan bertambah denagn banyak mengajarkannya,

dan akan berkurang jika engkau menahannya lalu mengekangnya.

Jika engkau mengekang ilmu itu, maka ia tidak akan berkembang. Dan jika ia engkau tahan, maka ia akan berkurang, yakni engkau bakal melupakannya. Akan tetapi, jika engkau menyebarkannya ia senantiasa akan bertambah.

Sepatutnya bagi seseorang dalam menyebarkan ilmu agar menerapkan sikap hikmah (bijaksana)dalam mengajar, dengan menyampaikan kepada murid2nya masalah2 yg sesuai dengan kadar kemampuan akal fikiran dan tidak membebabani mereka denagn permasalahan yg sekiranya memberatkan. Bahkan mendidik mereka dengan ilmu setahap demi setahap.

Oleh kerana itu, ada sebahagian orang yang memberikan definisi tentang seorang ‘alim yg rabbani (memiliki jiwa pendidik), iaitu seorang ‘alim yg mengajarkan kepada manusia dimulai dari ilmu2 yg ringan sebelum menginjak ke yg lebih sulit dan kompleks. Kita semua mengetahui bahawa suatu bangunan tidak akan berdiri teguh begitu sahaja dengan megahnya di atas bumi, tetapi bangunan itu dibangun oleh ahlinya secara bertahap hingga bangunan tersebut sempurna. Begitu halnya dengan seorang pengajar, selayaknya ia memperhatikan kemampuan berfikir para anak didiknya sehingga dia hanya menyampaikan kepada anak didiknya ilmu yang mampu mereka terima dengan akal mereka. Oleh kerana itu manusia diperintahkan supaya berbicara denagn org lain sesuai dengan pemahaman lawan bicaranya.

Ibnu Mas’ud radiallahhu’anh berkata” “Sungguh tidaklah kamu berbicara dengan sekelompok masyarakat dengan sesuatu pembahasan yg tidak mampu mereka cerna, kecuali hal itu akan menjadi fitnah bagi sebahagian mereka (Kesalahfahaman).”

Demikian pula, hendaklah seorang pengajar mencurahkan perhatian terhadap pokok2 dan kaedah2 agamanya (ilmu ushul dan alat), sebab keduanya itu merupakan fondasi sesuatu ilmu.

Para ulama mengatakan:”Barang siapa yg tidak mendapatkan pokok2 sesuatu ilmu (ilmu usul), maka ia akan jauh dari keberhasilan, yakni tidak akan sampai pada tujuan akhirnya. Maka seorang pendidik dianjurkan supaya mengajarkan kepada murid2nya poko2 dan kaedah2 ilmu yg darinya akan muncul masalah2 yg bersifat furu’iyyah (cabang). Sebab org yg mempelajari ilmu dari permasalahan yg bersifat cabang, nescahaya dia tidak dapat memberikan jawapan yg benar bila dihadapkan kepada sesuatu permasalahan yg pelik utk diketahui hukumnya, kerana tidak memiliki dasar.

Sumber: Syarah Doa Qunut Syaikh Muhamad Shalih al-Uthaimin. (m/s 28-35)
Pustaka Imam Asy-Syafi’i..



Sekian sahaja....salam ukhwah...

penyejuk hati