salam elaik...
Alhamdulillah masih diberi kesempatan lagi mencoretkan sesuatu dalam ruangan blog ana ini...
"Imam Hassan Al-Banna: Perempuan menggoyang hayunan dengan tangan kanannya dan menggoncang dunia dengan tangan kirinya. Ketenteraman, ketenangan dan perlindungan, itulah kata tepat untuk menggambarkan antara lelaki dan perempuan."
Adakah kehidupan yang kita lalui sehari-hari ini adalah kehidupan yang bahagia???
Apakah erti bahagia???
sesungguhnya bahagia adalah impian semua insan. Namun ramai antara kita yang tersilap mentafsir bahagia. ada yang mengatakan mereka bahagia memiliki keluarga yang besar, ada pula yang mengatakan mereka akan bahagia apabila mereka memiliki pasangan yang serasi dengan mereka dan ada juga yang mengatakan bahawa mereka bahagia apabila berjaya memiliki eset kekayaan yang melimpah ruah...namun, ringkasnya makna kebahagia yang sebenar adalah terletak pada diri masing-masing. Kita mungkin merasa tidak bahagia, namun orang lain melihat dan merasakan kita sedang bahagia. makna kebahagiaan sesungguhnya telah banyak dihuraikan oleh pelbagai prinsip ilmu, namun apa yang pasti, semuanya memandang kebahagiaan sebagai sesuatu yang positif dalam hidup dan harus seharusnya dirasai oleh semua insan.
SEKIAN DAHULU...WASALAM...
No comments:
Post a Comment