flauting background

Sunday, May 16, 2010

AL-fatihah buat sahabat sekampus..


Pesilat lemas ketika selamat rakan

KUALA TERENGGANU 15 Mei - Kegembiraan 14 ahli kumpulan silat Universiti Darul Iman Malaysia (UDM), mandi-manda di Pantai Tok Jembal di sini hari ini, bertukar tragedi apabila seorang daripada mereka mati lemas manakala dua lagi kritikal.
Dalam kejadian kira-kira pukul 10 pagi itu, mangsa, Nor Hidayu Mokhtar , 19, penuntut tahun dua Diploma Perbankan UDM mandi bersama tujuh lagi rakannya.
Bagaimanapun seorang daripada mereka yang dikenali sebagai Hanisah tiba-tiba dihanyutkan ombak.
Mangsa dan seorang lagi rakannya, Adibah yang melihat kejadian itu cuba menyelamatkan Hanisah tetapi mereka dihanyutkan ombak.
Ketiga-tiganya diselamatkan oleh lima rakan lelaki tetapi mangsa gagal diselamatkan ketika dalam perjalanan ke Klinik Desa Seberang Takir dekat sini.
Menurut saksi yang juga peniaga di kawasan itu, Wok Ali, 60, kumpulan penuntut berkenaan tiba di pantai itu pada pukul 9 pagi dan sempat singgah di gerainya untuk minum air kelapa.
Ujarnya, dia juga sempat berbual dengan kumpulan penuntut berkenaan sebelum mereka ke tepi pantai untuk bermain bola.
"Setahu saya, mereka ke pantai tersebut untuk menjalani latihan silat namun saya melihat mereka hanya bermain bola sebelum mendengar jeritan beberapa penuntut meminta tolong.
"Apabila tiba di tepi pantai, saya lihat salah seorang penuntut perempuan lemas," katanya kepada pemberita ketika ditemui di Pantai Tok Jembal di sini hari ini.

Sumber: -Mingguan Malaysia(16 mei 2010)-

No comments:

Post a Comment

penyejuk hati