flauting background

Monday, July 25, 2011

kaedah BERSALIN DALAM aIR

Assalamualaikum....

 Pada entry kali ini ana ingin berkongsi bersama sahabat2 berkenaan kaedah bersalin dalam air yang telah ana baca sebentar tadi... Unik dan buat pertama kalinya ana mendengar perihal kaedah bersalin ini.


Mungkin, ada yang telah pun mengetahui perihal kaedah ini sebelum ini, namun, ana masih berharap entry ini dapat memberi maklumat baru buat yang belum pernah mendengar perihal kaedah ini sebelum ini seperti ana..

Sejauh mana keberkesanannya?? Dan sejauhmana ianya dapat diterima olehmasyarakat kita ?? Mari kita sama-sama terlebih dahulu membaca entry ini..... "Selamat membaca..."

Alternatif kaedah bersalin : bersalin dalam air

Masih tiada tanda-tanda akan bersalin, debaran dan kerisauan tu makin terasa, kalau boleh
 tak nak tambah hari dan tak nak dipaksa bersalin, harap hujung minggu ni baby dah
bersedia untuk keluar berjumpa kakak dan abangnya. :)


Sambil-sambil menunggu bila la tanda-tanda hendak bersalin ni datang, saje jer la cari 
info berkaitan bersalin atau melahirkan ni. Salah satu cara alternatif kepada kaedah bersalin 
normal yang menarik minat ana untuk kongsi info dengan sahabat-sahabat ialah, kaedah 
bersalin dalam air. Ada yang berminat?



Kaedah bersalin dalam air ni dah lama dipraktikkan bermula dari tahun 1960an lagi. Cuma
di Malaysia ni jer kaedah ni tak dipraktikkan. Kalau ada pun boleh dibilang dengan jari dan
 rasanya bukan orang kita tapi warga asing dari eropah atau US yang menetap di sini.
Menurut pakar perbidanan yang mengkaji kaedah bersalin dalam air, penggunaan
kolam bersalin dapat mengurangkan rasa sakit bersalin. Bagi yang telah menggunakan
 kaedah ini juga mengakui bersalin dalam air lebih merehatkan dan umpama spa yang
memberi kelegaan serta ketenangan fikiran.


Untuk bersalin di dalam air, seorang ibu perlukan kolam dengan air dengan 
suhu bilik 37 darjah Celsius, tidak terlalu sejuk dan tidak pula terlalu panas. Kondisi dan 
tahap kesihatan seorang ibu pula mestilah sihat, tidak mempunyai penyakit lain seperti
 tekanan darah tinggi atau kencing manis.



Ibu juga bebas untuk memilih cara paling selesa untuk bersalin dan tubuh mereka akan berasa ringan kerana apungan air. Jadi mereka boleh bertinggung, melutut dan sebagainya mengikut keselesaan mereka ketika waktu bersalin. Malah, suami juga boleh turut sama berada di dalam kolam untuk memberi sokongan kepada si isteri.



Ramai yang bertanggapan bahawa kemungkinan bayi yang dilahirkan akan lemas di 
dalam air. Tanggapan tersebut salah kerana bayi yang baru dilahirkan tidak akan bernafas 
untuk beberapa saat. Ketika itu bayi pun akan terus disambut oleh bidan atau doktor.



Bagi yang menganggap geli kerana kolam akan berlumuran darah juga perlu membetulkan
 tanggapan tersebut kerana darah ibu hanya akan keluar selepas uri dikeluarkan sahaja. 
Air di dalam kolam bersalin akan bersih sahaja dan uri ibu biasanya akan dikeluarkan oleh
 bidan atau doktor selepas dia keluar dari kolam.



Untuk lebih keterangan boleh baca kat sini.

1 comment:

  1. Lepas nie ramailah yang guna kaedah bersalin dalam air nie. Apapun, tahniah kepada dr Halina dan Syeikh Muszaphar.

    ReplyDelete

penyejuk hati