flauting background

Friday, May 7, 2010

*Gotong Royong*

Salam elaik....
Alhamdulillah, dapat juga berrsama-sama menyertai gotong-royong di taman perumahan ana.... =) Em, sebelum tu lupa pula... nak kabo... ana baru ja sampai dari terengganu awal pagi kelmarin.... jam 5 pagi...alhamdulillah..selamat juga sampai dan masih diberi peluang oleh ALLAH untuk menjejakkan kaki di Tanah kelahiran ana ni... "Tanjong Malim".....

  Lama tak update blog...rindu pula...jadi disini nak share tentang program arini.... program gotong royong....
Na....kalian tahu konsep sebenar gotong-royong tak? Em, umumnya amalan gotong-royong ni biasanya sinonim dengan konsep kerjasama dan berganding bahu masyarakat dalam sesuatu aktivi terutamanya dalam aktiviti membersihkan kawasan persekitaran taman perumahan, juga tidak ketinggalan aktiviti gotong-royong sewaktu majlis kenduri....

  Sejak dari dulu lagi, khususnya masyarakat Melayu, gotong-royong diamalkan sebagai sebahagian daripada cara hidup atau adat resam mereka. Kini, selepas kemerdekaan atau lebih tepat lagi, selepas pengwujudan Dasar Kubudayaan Kebangsaan pada tahun 1973, gotong-royong telah dimartabatkan sebagai salah satu nilai sosioekonomi kebangsaan dalam usaha pembentukan bangsa Malaysia.


  Perpaduan antara masyarakat harus kukuh untuk negara pergi lebih jauh dalam lapangan dunia moden. Lebih rumit, masyarakat di Malaysia masyarakat berbilang kaum. Maka, harus ada satu aktiviti yang berguna untuk merapatkan persefahaman antara kaum itu, dan tidak dapat dinafikan bahawa gotong-royong mampu membentuk masyarakat yang kondusif. Melalui semangat bantu-membantu dan bekerjasama membersihkan taman permainan, longkang, mahupun rumah ibadat, akan wujud rasa kekitaan yang tulen. Gotong-royong merapatkan ahli masyarakat kepada nilai-nilai murni yang suci, yang tidak ditemui di rumah malahan di pejabat. Rasa kekitaan, rasa prihatin, dan penyayang sesama individu dalam masyarakat akan membantu hasrat kerajaan untuk negara mara lebih ke depan dalam era globalisasi ini. Ini berdasarkan kesan positif gotong-royong yang sebenarnya membantu menangani gejala-gejala buruk dalam masyarakat seperti penagihan dadah dan kecurian, lebih-lebih lagi gotong-royong melibatkan penglibatan menyeluruh ahli masyarakat.
   Bak kata pepatah Melayu; “berat sama dipikul, ringan sama dijinjing”. Demikian juga tentang kerja gotong-royong ini. Semua orang mengetahui bahawa sesuatu kerja yang besar buatannya dan juga belanjanya akan menjadi enteng dan kecil kosnya jika dilakukan bersama-sama. Itulah prinsip gotong-royong. Pihak kerajaan telah menetapkan bahawa setiap penempatan warganegara di Malaysia mempunyai satu jawatankuasa khas iaitu Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan (JKK). Fungsinya untuk menjana kegiatan gotong-royong setempat, khususnya untuk kepentingan umum. Isu ini jika ditelusuri secara mendalam, banyak wang, masa, dan tenaga telah dijimatkan kerana ahli masyarakat akan bekerjasama mencapai sesuatu perkara. Contohnya, jika sesuatu tempat itu menjadi kotor kerana sampah, mereka akan bekerjasama membersihkannya dan tidak perlu membuang masa dan wang mengupah orang lain membersihkan atau terpaksa menanggung belanja perubatan kerana sakit akibat kesan jangka panjang daripada gundukan sampah yang tidak sempurna diuruskan itu. Tidak kiralah sama ada menyumbangkan derma atau tenaga untuk gotong-royong, kesan gotong-royong kepada masyarakat seluruhnya cukup bermakna baik untuk pembangunan material masyarakat mahupun pembangunan insan.


  Setelah puluhan berlalu, gotong-royong kian tandus fungsinya di kalangan masyarakat. Masyarakat masa kini nampaknya lebih individualistik dan materialistik. Mereka cukup menyendiri lalu menganggap bahawa segala apa yang berlaku di sekeliling mereka tidak akan mempengaruhi perjalanan kehidupan seharian mereka. Mereka mula mencari wang dan pangkat kononnya untuk memperoleh keselesaan dalam kehidupan.”Ada kerja, ada gaji” seakan-akan menjadi prinsip hidup masyarakat moden hari ini. Masyarakat moden kini juga kian pudar nilai-nilai kejiranannya. Ramai juga yang terlalu sibuk dengan urusan pejabat. Tidak mustahil, mereka tidak mengetahui nama jirannya apatah lagi mengenalinya dengan lebih mendalam.


  =) Walau apa pun, sesungguhnya...program seperti ini sebenarnya sangat bermanfaat serta dapat mengeratkan silaturrahim juga...jadi, sewajarnya, aktiviti seperti ini kita ikuti bersama.... "Bersama berganding bahu.....untuk mencapai impian yang satu...yang jitu.......Ukhwahhfillah...."


  wasalam..


  

No comments:

Post a Comment

penyejuk hati