flauting background

Friday, February 26, 2010

PEmilik CintaKU setelah ALLAH dan Rasul




Hasil Karya: FATIMAH SYARHA MOHD NOORDIN

Novel ringkas ini mengisahkan perjalanan hidup seorang wanita yang sangat berhati-hati dalam menetapkan pasangan hidupnya. Keimanan yang tinggi dan kepercayaan yang menyeluruh terhadap Islam membuatkan beliau menggunakan segala pendekatan Rasulullah s.a.w. untuk hanya menerima pasangan hidup yang benar-benar dapat mendidik beliau dan keluarga ke jalan rahmat. Berkat kesabarannya itu, beliau akhirnya berjaya menemui pemilik cintanya, setelah Allah dan Rasul.

Salam ukhuwwah sahabat2.... Ana pasti tidak semua mengetahui cara sebenar yang dihalalkan oleh ALLAH untuk berpasangan? walhal sering kali juga dinyatakan dalam kuliah, musyawarah,usrah serta risalah-risalah tazkirah yang diedarkan serta yang ditampal disoftboard dan lain-lain berkaitan pengharaman "couple", walaubagaimana pun tidak banyak yang dapat diperolehi berkaitan cara-cara yang sesuai serta cara terbaik menangani "couple" serta cara berpasangan yang dihalalkan serta dituntut syariat Islam...


Ana hanya ingin mencadangkan kepada sahabat2 sebuah buku yang boleh juga dijadikan bahan bacaan tambahan serta bahan motivasi dan tazkirah. Sebuah karangan Fatimah Syarha Mohd Noordin, ‘PEMILIK CINTAKU SETELAH ALLAH DAN RASUL’, karya terbaru beliau slps ‘SEINDAH MAWAR BERDURI’, ‘TAUTAN HATI’, dan ‘SYABAB MUSAFIR KASIH’. Juga sebuah karya yang terbit selepas beliau dinikahi seorang doktor pada Ogos tahun lepas. Pandangan ana, karya ni merupakan kisah sebenar yang diadaptasi daripada pengalaman beliau sendiri. Terpulanglah pula pada sahabat2 untuk menilai selepas membacanya. Wallahua'lam.


Sedikit petikan daripada buku PEMILIK CINTAKU SELEPAS ALLAH DAN RASUL :


Quote:
“Kalau suka, jumpalah ibu bapa. Sayangnya, tiada yang berani, tanda tak bersedia. Kalau tak sedia, kenapa nak bercinta? Bukankah itu pintu zina semata-mata? Nau’zubillah. Aku berazam membangkitkan mereka daripada kelalaian fitnah wanita di akhir zaman dengan sebuah prinsip dan ketegasan...”


Selamat membaca.....

"Apa pun.....kita sendiri yang buat keputusan....bijak lah wat keputusan....coretan ini sekadar renungan bersama...wat diri ana dan buat kawan2 yang lain....asif andai ada khilafnya"

No comments:

Post a Comment

penyejuk hati