flauting background

Wednesday, June 22, 2011

HIKMAH

 Petikan dari buku BERANI GAGAL
1. Saya telah lebih banyak belajar daripada kesilapan2 saya daripada kejayaan2 saya (Sir Humphry Davy)
2. Kita tidak belajar daripada kejayaan2 kita, kita belajar daripada kegagalan2 kita (John Naisbitt – Pengarang Megatrends Asia)
3. Kita lebih banyak mendapat kebijaksanaan daripada kegagalan berbanding dengan kejayaan. Kita sering mengetahui apa yang akan kita buat dengan menentukan apa yang tidak akan kita buat. Dan semungkinnya orang yang tidak pernah membuat kesilapan tidak pernah juga membuat penemuan (Samuel Smiles)
4. Watak tidak boleh dibina dengan mudah dan senyap2. Hanya melalui pengalaman2 dugaan dan penderitaan sahaja semangat boleh diperteguh, wawasan diperjelas, cita2 diilhami dan kejayaan dicapai (Helen Keller)
5. Anda memerlukan sebanyak mungkin pengalaman2 getir untuk menzahirkan keunggulan anda (Richard Nixon)
6. Hanya setelah menuruni lembah yang terdalam barulah anda dapat menilai keindahan gunung yang tertinggi (Richard Nixon)
7. Terdapat faedah praktis yang terbaik dalam mengalami beberapa kegagalan awal2 lagi dalam hidup (Thomas Henry Huxley)
8. Kesusahan dan kekalahan membolehkan kita mengembangkan akal kita dan maju ke hadapan (Thomas Henry Huxley)
9. Berlian itu adalah sebutir arang batu yang menjadi unggul akibat tekanan (Tidak bernama)
10. Kepuasan itu terletak pada usaha, bukan pada pencapaian. Usaha sempurna itu adalah kemenangan sempurna (Mahatma Ghandi)
11. Kejayaan itu suatu perjalanan, bukan suatu tempat tujuan – separuh daripada keseronokannya terdapat dalam menuju ke sana (Gita Bellin)
12. Orang yang gagal dalam hidupnya ialah orang yang hidup dan gagal belajar
13. Kebanyakan orang membuat satu kesilapan yang sama … dengan menganggap kegagalan sebagai musuh kejayaan…. anda semestinya mempergunakan kegagalan untuk kebaikan anda….. Teruslah mara dan buatlah segala kesilapan. Buatlah sebanyak mana yang mungkin anda buat. Kerana ingatlah bahawa disitulah tempat anda menemui kejayaan – di sebalik kegagalan. (Thomas Watson – IBM)
14. Kekuatan dan perkembangan hanya terhasil melalui usaha dan perjuangan berterusan
15. Kita tidak mungkin menemukan lautan baru jika kita tidak berani belayar jauh dari pantai
16. Orang yang tidak mempunyai cukup keberanian untuk bermula itu sememangnya telah pun tamat (Unanimous)
17. Hidup ini sama ada suatu pengembaraan yang mencabar dan berbahaya ataupun tiada apa-apa (Helen Keller)
18. Sebatang anak tangga itu bukanlah dimaksudkan sebagai tempat merehatkan sebelah kaki sipemanjatnya, tetapi sekadar sebagai tempat berpijak sejenak cukup untuk membolehkannya meletak kaki yang sebelah lagi di suatu tempat yang lebih tinggi (Thomas Henry Huxley)
19. Satu-satunya orang yang tidak membuat kesilapan adalah orang yang tidak berbuat apa-apa. Janganlah takut kepada kesilapan dengan syarat anda tidak mengulangi kesilapan yang sama (Roosevelt)
20. Tiap-tiap orang mempunyai bakat. Apa yang berkurangan adalah keberanian untuk menyusuli bakat itu ke tempat gelap yang ditujuinya (Enic Jang)
21. Orang terganggu bukannya oleh perkara yang berlaku, tetapi oleh pendapat mereka tentang yang berlaku (Epitetus)
22. Banyak bakat yang terbazir hanya kerana kekurangan sedikit keberanian. Setiap hari menyaksikan pengebumian orang-orang yang sungguh menghampakan yang sifat penakut mereka menghalang mereka daripada membuat percubaan pertama (Sydney Smith)
23. Bersusah hati tentang apa yang tidak anda miliki adalah membazirkan apa yang anda mlliki Ken Keyes)
24. Muda atau tua itu bukannya bergantung pada tarikh masa, tetapi keadaan jiwa. Tugas kita bukanlah menambah usia kepada kehidupan kita, tetapi menambah kehidupan kepada usia kita (Myron J. Taylor)
25. Fikiran yang disemai, tindakan yang dituai.Tindakan yang disemai, tabiat yang dituai
26. Tabiat yang disemai, peribadi yang dituai. Peribadi yang disemai, nasib yang dituai (Unanimous)
27. KEJAYAAN DAN KEGAGALAN
 Aku tidak memilih untuk menjadi insan biasa
 Adalah hakku untuk menjadi berbeza
 Aku mencari kesempatan, bukannya keterjaminan
 Tidak kuingin menjadi warga pelihaharaan
 Lemah dan terpedaya dek terbiasa dengan jagaan negara
 Aku ingin mengambil risiko terhitung
 Untuk mengimpikan dan membina, untuk gagal dan berjaya
 Galakan tidak kan kutukarkan dengan elaun pengangguran
 Lebih kusukai cabaran hidup daripada elaun pengangguran
 Lebih kugemari cabaran hidup daripada elaun pengangguran
 Lebih kugemari cabaran hidup daripada kewujudan lesu yang terjamin
 Keghairahan pencapaian daripada kesempurnaan hambar
 Tidakkan ku perdagangkan kebebasan dengan derma sumbangan
 Tidak juga maruah dengan sedekah
 Tidak kan aku ketakutan di hadapan sebarang tuan
 Tidak juga kan kutunduk kepada sebarang ugutan
 Sudah menjadi warisanku untuk sentiasa berdiri teguh
 Bangga dan tidak gentar
 Berfikir dan bertindak untuk diri sendiri
 Dan menghadapi dunia dengan penuh berani
 Dan berkata ‘Inilah yang kulakukan’
 Inilah erti sebenarnya menjadi seorang insan

No comments:

Post a Comment

penyejuk hati