flauting background

Tuesday, July 12, 2011

* fADHILAT sYA'BAN *




   Tabir REJAB, telah pun dilabuhkan... kini Sya'ban pula menjengah kita....Naa, adakah kita semua sedar akan pergantian bulan yang telan berlalu?? Sesungguhnya tidak dapat dinafikan sama sekali akan ada segolongan manusia yang sedar pergantian ulan tersebut, namun masih tidak dapat disangkalkan juga bahawa masih terdapat segolongan manusia yang tidak menyedari sama ada kerana terlalu sibuk dengan dunia atau memang sengaja tidak mahu mengambil kira perihalnya.

  Walau bagaimana pun, dalam entry ini saya ingin berkongsi bersama sahabat-sahabat sekalian berkenaan fadhilat SYA'BAN. Mungkin ada dalam kalangan kita yang memang sudah arif berkenaan tajuk ini, namun, niat dihati untuk berkongsi maklumat dan sebagai peringatan buat diri ana tetap ingin ana teruskan.

   Sesungguhnya, di dalam bulan ini juga terdapat amalan khusus yang dianjurkan dengan dikurniakan fadhilat dan kemuliaan disisi Allah s.w.t bagi hambaNYA yang dapat mengamalkannya. Ianya turut menepati sebuah hadith Rasullullah yang diriwayatkan oleh Anas bin Malik r.a, sabda baginda yang bermaksud :
" Rejab adalah bulan Allah, Sya'ban adalah bulanku ( Rasullullah) dan Ramadhan adalah bulan umatku. "
Ketiga-tiga bulan ini seharusnya dihayati dan dimanfaatkan dengan sebaik-baiknya oleh umat manusia yang beriman, kerana ianya merupakan suatu pelaburan yang amat menguntungkan buat kita diakhirat kelak.




Antara FADHILAT-FADHILAT Sya'ban adalah :  

1) PUASA
  • " Sesungguhnya, Saidatina Aisyah r.a menyatakan bahawa, Rasullullah tidak pernah berpuasa lebih banyak melainkan pada bulan Sya'ban ( selain Ramadhan) ; sesungguhnya Rasullullah s.a.w telah berpuasa sebulan penuh. "
  • " Hadith Rasullullah yang diriwayatkan oleh Abdullah r.a yang bermaksud ; sesiapa yang berpuasa sunat pada hari ISNIN yang terakhir dalam bulan Sya'ban akan diampunkan dosanya. "
  • " Mereka yang berpuasa sunat pada awal dan akhir KHAMIS dalam bulan Sya'ban akan dimasukkan ke dalam syurga. "
  • " Mereka yang berpuasa sunat sehari dalam bulan Sya'ban akan diharamkan tubuhkan kedalam neraka dan dbakal dimasukkan kedalam syurga. "
  • " Mereka yang berpuasa sunat TIGA hari dalam bulan Sya'ban dan berselawat keatas nabi sebelum berbuka puasa, akan diampunkan dosanya dan diberkati razekinya. "
  • " Manakala bagi mereka yang berupaya menyempurnakan sebulan puasa sunatnya dalam bulan Sya'ban, akan dipermudahkan baginya sakaratul maut, terlepas dari azab kubur, ditutupkan aibnya dan diwajibkan bagi dirinya memasuki syurga. "


2) NISFU SYA'BAN
  • " Malam ini adalah malam dimana akan diangkat semua amalan hambaNYA ke langit ; pada malam ini Allah membebaskan ahli neraka yang ramainya seperti bilangan bulu-bulu kambing Bani Kalb. "
  • " Melaksanakan qiammulllail - memendekkan qiam ( berdirinya ), tetapi memanjangkan sujud ( berdoa didalam sujud ; merupakan antara waktu yang mustajab berdoa. "


3) BERISTIGHFAR, BERSELAWAT & BERZIKIR
  • " Memperbanyakkan istighfar & penghulu istighfar - (70/100 kali pagi dan petang ). "
  • " Memohon keampunann bagi diri sendiri, ibu bapa kita, keluarga kita, guru-guru kita, sahabat handai kita dan juga muslimin dan muslimat. "
  • " Memperbanyakkkan zikrullah - ( 100x pagi & petang ), - zikir penamat ( 10x )."
  • " Membaca tasbih,ta'zim, tahmid dan haukalah - ( 100x ). "
  • " Membaca selawat keatas Nabi s.a.w. - ( 10/100x pagi / petang ). " 

4) SOLAT SUNAT
" Sebagai tambahan juga untuk memenuhi masa didalam bulan Sya'ban , moleklah jika ianya ditambahdengan pelbagai ibadah lain seperti tilawah dan tadarus Quran juga solat-solat sunat. Antara solat-solat sunat yang boleh dilakuakn ialah ; solat sunat Isryak, Dhuha, solat-solat sunat yang mengiringi solat-solat fardhu, solat  sunat Tahajud, solat sunat Tasbih, solat sunat Hajad dan solat sunat Awwabin. "

5) BACAAN YASSIN

6 ) QIAMMULAIL



No comments:

Post a Comment

penyejuk hati